Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Vallejo tembak mati penyanyi rap kena siasat

-

Polis di utara California, Amerika Syarikat (AS) sedang menjalanka­n siasatan ekoran kemarahan mengenai penyanyi rap berusia 21 tahun Willie McCoy, yang ditembak mati, selepas dia dijumpai tidur di dalam keretanya di luar kedai Taco Bell.

Menurut Jabatan Polis Vallejo, serangan tembakan pada 6 Februari itu berlaku selepas pekerja di kedai makanan segera itu pada malam itu menelefon polis untuk melaporkan tentang sebuah kereta Mercedes yang diletak di lorong pandu lalu dengan seorang lelaki yang bersandar pada stereng di tempat duduk pemandu.

Dalam satu kenyataan, polis berkata anggota polis menyiasat panggilan itu dan ketika mereka mendekati ken- deraan yang dikunci, mereka memerhatik­an pemandu tidak responsif dan ada pistol di atas pahanya. Mereka menambah, transmisi kereta dalam keadaan hidup.

Ketika polis menilai situasi dan cuba menghalang kenderaan itu daripada maju ke hadapan, kenyataan itu menyebut, keadaan berubah ganas.

“Pemandu tiba-tiba mula bergerak,” laporan polis menyebut. “Anggota polis menyuruh pemandu menunjukka­n tangannya, tetapi pemandu itu dengan cepat menjangkau pistol di atas pahanya.

“Kerana bimbang mengenai keselamata­n mereka sendiri, anggota polis melepaskan tembakan ke arah pemandu.”

Ia tidak jelas berapa banyak peluru dilepaskan.

McCoy disahkan mati di tempat kejadian.

Keluargany­a mempertika­ikan versi polis bagi kejadian itu, dan menyifatka­n serangan tembakan itu sebagai satu “pelaksanaa­n hukuman mati” dan kes jelas bagi pemprofila­n kaum.

“Usaha tidak ada untuk cuba mencapai penyelesai­an yang aman,” kata abang Willie, Marc McCoy, kepada akhbar Guardian.

“Kerja polis adalah untuk menangkap orang yang melanggar undang- undang – bukan melaksanak­an sendiri undang-undang. Anda bukan hakim, juri dan pelaksana hukuman. Kami tidak akan melupakan perkara ini.”

Serangan ke atas McCoy menyusuli beberapa insiden yang sama melibatkan dakwaan tentang kekejaman polis di AS sejak beberapa tahun kebelakang­an.

Ini bukan kali pertama Jabatan Polis Vallejo disiasat ekoran aduan tentang kekerasan melampau.

Pada 2017, video seorang anggota polis yang menindih seorang lelaki di atas jalan dan menumbuk mukanya beberapa kali telah mencetuska­n kemarahan.

Satu lagi video pada tahun lepas menunjukka­n seorang anggota polis Vallejo berulang kali memukul seorang lelaki dengan lampu suluhnya ketika lelaki itu ditahan dan digari oleh seorang anggota polis lain.

Polis Vallejo tidak menjawab permintaan AFP untuk membuat kenyataan mengena kes McCoy dan keluarga McCoy tidak dapat dihubung segera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia