Utusan Borneo (Sarawak)

Enam digantung di Mesir dalam tempoh dua minggu: Amnesty

-

Tiga banduan disabitkan membunuh seorang anggota polis telah dihukum gantung di Mesir pada Rabu, menjadikan jumlah enam hukuman mati dilaksanak­an oleh Mesir dalam tempoh dua minggu, kata Amnesty.

Najia Bounaim dari Amnesty Internatio­nal telah mengecam “tahap yang membimbang­kan bagi hukuman mati dalam tahun ini sahaja” di Mesir selepas tiga orang digantung bagi pembunuhan pada 2013 terhadap pegawai kanan polis Nabil Farag.

Penggunaan hukuman mati adalah “mengerikan dalam sebarang keadaan, lebihlebih lagi apabila semua enam banduan itu dihukum berdasarka­n kepada pengakuan yang mereka nyatakan telah diambil dalam keadaan mereka diseksa”, kata Bounaim.

“Kecacatan mengejut dalam sistem kehakiman di Mesir telah melihat beratus-ratus orang dijatuhkan hukuman mati selepas perbicaraa­n yang sangat tidak adil sejak beberapa tahun. Pihak berkuasa Mesir harus menghentik­an semua hukuman mati selanjutny­a dan segera membentuk satu moratorium rasmi mengenai hukuman mati,” tambahnya.

Pada minggu lepas, Human Rights Watch mengecam hukuman gantung terhadap tiga “tahanan politik” yang masih muda kerana membunuh anak lelaki seorang hakim pada September 2013. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia