Utusan Borneo (Sarawak)

China siap siaga hadapi salji lebat

-

Wilayah Autonomi Yushu Tibet di wilayah Qinghai, barat laut China yang dilanda salji lebat kini bersiap sedia untuk memastikan hidupan liar di kawasan itu tidak kelaparan, lapor agensi berita Xinhua.

Kerajaante­mpatanmemp­eruntukkan 300,000 yuan ( kira- kira AS$ 44,400) untuk membeli dan mengangkut makanan haiwan, kata pengarah Pentadbira­n Taman Negara Sanjiangyu­an, Li Xiaonan.

Li berkata pihaknya menyediaka­n 17 tapak seluas lebih 40 kilometer untuk menyimpan stok makanan di pusat hidupan liar di daerah Zadoi yang paling teruk terjejas. Kirakira lima tan bekalan dihantar ke tapak itu setiap hari.

Selepas beberapa hari ribut salji, jalan raya di kebanyakan kawasan Yushu diliputi salji dan bandar serta lima daerah turut terjejas. Tiada korban dilaporkan setakat ini tetapi lebih 15,500 ternakan mati.

Di daerah Zadoi, lebih 100 haiwan liar mati akibat kesejukan atau kelaparan.

Yushu terletak di selatan Qinghai, tempat letaknya Sanjiangyu­an (Tiga-Sumber-Sungai) iaitu Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang (Mekong). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia