Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus pada 2018: BNM

Disokong oleh aktiviti sektor swasta yang berdaya tahan dengan gangguan bekalan sementara: Gabenor BNM

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) sebanyak 4.7 peratus pada suku keempat tahun lepas, membawa kepada pertumbuha­n ekonomi secara keseluruha­n sebanyak 4.7 peratus pada 2018, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Pertumbuha­n itu lebih perlahan daripada 5.9 peratus dicatatkan pada 2017.

Pada 2018, ekonomi berkembang 5.4 peratus pada suku pertama, 4.5 peratus pada suku kedua dan 4.4 peratus pada suku ketiga.

Pada sidang media untuk mengumumka­n pertumbuha­n KDNK, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pertumbuha­n sebanyak 4.7 peratus dalam ekonomi tahun lepas, disokong oleh aktiviti sektor swasta yang berdaya tahan dengan gangguan bekalan sementara.

Pada suku keempat, aktiviti sektor swasta kekal sebagai pemacu pertumbuha­n yang utama, manakala peningkata­n semula dalam eksport barangan dan perkhidmat­an menyumbang kepada pertumbuha­n eksport bersih yang positif.

Dari segi penawaran, sektor utama terus berkembang.

Sementara itu, BNM dalam kenyataan berkata sektor perkhidmat­an disokong oleh pengukuhan yang berterusan dalam perbelanja­an pengguna, terutamany­a dalam segmen runcit, manakala pertumbuha­n dalam sektor pembuatan terus didorong oleh kluster elektronik dan elektrik ( E& E) dan yang berkaitan pengguna.

Sektor berkaitan komoditi terus pulih daripada gangguan pengeluara­n yang dialami sejak suku tahun kedua, dengan pertumbuha­n lebih tinggi dalam sektor perlombong­an dan pertanian.

Inflasi teras merosot kepada 0.3 peratus (suku ketiga 2018: 0.5 peratus), sebahagian besarnya disebabkan inflasi pengangkut­an yang menjadi negatif.

Hasil gabungan daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) pada kadar sifar dan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terus memberi impak penurunan secara keseluru- han kepada inflasi teras pada suku tahun tersebut.

Mengenai masa depan permintaan sektor swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuha­n yang utama dengan rasionalis­asi fiska yang berterusan, manakala sektor luaran dijangka rendah dengan permintaan global yang sederhana.

Inflasi teras dijangka berpurata pada paras sederhana tinggi.

Bagaimanap­un, impak daripada dasar cukai penggunaan kepada inflasi teras pada 2019 akan mula berkuranga­n pada akhir tahun ini.

Inflasi asas, yang tidak termasuk impak daripada perubahan dalam dasar cukai penggunaan, dijangka stabil pada 2019 tanpa tekanan permintaan yang kuat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia