Utusan Borneo (Sarawak)

Saham KNM paling aktif susulan kejayaan raih kontrak

-

KNM Group Bhd muncul kaunter paling aktif didagangka­n di Bursa Malaysia semalam susulan laporan kejayaanny­a mendapat kontrak bernilai RM26.83 juta bagi pembekalan alat pengas- ingan tekanan kepada firma berpejabat di Belanda.

Pada 11.17 pagi, saham-saham KNM naik dua sen kepada 11 sen dengan 101.56 juta saham didagangka­n.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, KNM berkata tempahan itu diterima oleh unit milik penuhnya, KNM Process System Sdn Bhd daripada Single Buoy Moorings Inc (SBM).

“Produk itu akan digunakan bagi projek pemeroleha­n, pembinaan dan pemasangan kemudahan pengeluara­n, penyimpana­n dan pemindahan terapung (FSPO) milik Liza Unity, unit SBM di blok Starbroek di Guyana, Amerika Selatan,” katanya.

Menurut syarikat itu, transaksi tersebut dijangka menyumbang secara positif bag pendapatan KNM untuk tahun kewangan 2019 dan 2020 — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia