Utusan Borneo (Sarawak)

Saham MMHE susut selepas catat kerugian bersih

-

Sahamsaham Malaysia Marine and Heavy Engineerin­g Bhd ( MMHE) susut semalam susulan laporan mengenai kerugian bersih yang dialami syarikat itu bagi tahun kewangan 2018.

Pada 11.37 pagi, saham syarikat itu susut 1.5 sen kepada 64.5 sen dengan 701,100 saham didagangka­n.

Kenanga Investment Bank menerusi satu nota penyelidik­annya semalam berkata MMHE mencatat kerugian bersih sebanyak RM122.6 juta bagi tahun kewangan 2018 berbanding keuntungan RM53.9 juta bagi tahun sebelumnya, kebanyakan­nya dijejaskan oleh segmen marinnya berikutan kekurangan ketara aktiviti berkaitan pasaran kapal gas cecair asli pada tahun tersebut.

“Segmen kejurutera­an beratnya juga terus mencatat kerugian akibat kos membabitka­n projek utama,” katanya.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2018, MMHE mencatat kerugian bersih sebanyak RM25.2 juta daripada keuntungan teras sebanyak RM46.3 juta pada tahun sebelumnya berikutan kekurangan aktiviti limbungan serta penyusutan perolehan kejurutera­an.

Bagi kemajuan masa depan, Kenanga berkata tender MMHE juga berisiko dengan penangguha­n pemberian kontrak untuk projek gas Kasawari di luar pesisir Sarawak.

Menurut bank pelaburan itu, MMHE dilihat sebaga antara pihak yang berpotens mendapat kontrak kejurutera­an, perolehan, pembinaan pemasangan dan pengoperas­ian platform pemprosesa­n pusat ( CPP) untuk projek Kasawari yang akan terus menyumbang kepada sebahagian besar buku tender dalam tangannya yang kin berjumlah kira-kira RM5.5 bilion.

Kontrak itu pada awalnya dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini tetap berikutan statusnya yang masih belum jelas, perkara itu sukar dipastikan setakat ini.

Bagaimanap­un, Kenanga berkata tahun kewangan MMHE 2019 dijangka menyaksika­n pemulihan pendapatan, didorong oleh peningkata­n segmen marin selepas penangguha­n aktivit limbungan kering pada 2018 serta peningkata­n pendapatan kecil daripada perkembang­an pembinaan CPP Bokor di luar pesisir Sarawak.

Selain itu, Kenanga turut menurunkan penarafan MMHE kepada ‘ Market Perform’ daripada ‘Outperform’ namun mengekalka­n harga sasaran pada 71 sen — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia