Utusan Borneo (Sarawak)

Transfame Sdn Bhd buka pejabat operasi di Miri

Prospek Miri dalam industri minyak dan gas dilihat cerah dengan projek puluhan juta ringgit dilaburkan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Prospek ekonomi di Miri dan negeri dalam industri minyak dan gas, dilihat lebih cerah dengan projek puluhan juta ringgit sedang dilaburkan dan dilaksanak­an bagi merancakka­n kembali industri tersebut dan permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja negeri ini.

Transfame Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh BAP Resources Sdn Bhd (BAP), yang berpengkal­an di Semenanjun­g Malaysia dan baru membuka pejabat operasinya di sini, dijangka mengambil antara 150 hingga 600 pekerja untuk melaksanak­an pelbagai kerja pada peringkat awal, bagi kontrak mereka dengan Sarawak Shell Berhad.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin mengakui pekerja industri minyak dan gas dari negeri ini terutamany­a Miri, antara yang paling dicari-cari kerana mempunyai pengalaman dan kaitan yang kuat dengan industri berkenaan sejak lebih 100 tahun serta keupayaan untuk bekerja di tempat yang jauh dan ada yang menjadi perunding perniagaan bertaraf dunia.

Lee berkata selama empat generasi Miri, membangun sebagai sebuah bandar yang diasaskan daripada industri minyak dan gas, ia mempunyai generasi pekerja berpengala­man dan pakar dalam bidang ini dan selayaknya diberi pengiktira­fan, khususnya menjadi peneraju di dalam industri berkenaan.

“Miri adalah tempat kelahiran industri minyak dan gas di Malaysia sejak tahun 1910, dan kami mempunyai pengalaman dan kepakaran selama beberapa abad untuk melakukan pekerjaan dalam bidang berkaitan dan adalah wajar untuk rakyat Sarawak diberi pengiktira­fan dalam peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan dalam industri berkenaan,” katanya lagi.

Lee berkata demikian semasa majlis pembukaan rasmi pejabat syraikat Transfame Sdn Bhd (Transfame), anak syarikat milik penuh BAP Resources Sdn Bhd, di Pusat Komersial Lutong di sini, semalam.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Bandar, Adam Yii serta Pengarah Urusan Kumpulan BAP, Kenneth Patrick Wang; Ketua Pegawai Eksekutif, Roni Adrian dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Transfame, Tay Choon Hock.

Lee turut mengalu-alukan komitmen syarikat itu untuk mengambil pekerja majoriti rakyat Sarawak, yang berkelayak­an untuk bekerja dengan mereka.

Difahamkan lebih 80 peratus kakitangan­nya yang bertugas untuk operasi di negeri ini adalah rakyat Sarawak dan pada masa yang sama Transfame turut merancang melatih mereka untuk bekerja di luar negara.

Lee berkata adalah penting bahawa pemain industri minyak dan gas melabur secara berterusan dalam usaha latihan pekerja dalam industri yang mencabar dan era teknologi ketika ini, serta bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan dalam industri tersebut, termasuk Petros.

Sementara itu, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang mengalu-alukan peningkata­n dalam industri yang menga- lami kemeleseta­nnya sejak beberapa tahun lalu, sekali gus akan melonjakka­n ekonomi tempatan.

“Pelalian ekonomi adalah besar dengan kesan pengganda sebanyak tujuh untuk 100 pekerja dengan pendapatan RM5,000, ia diterjemah­kan kepada RM42 juta setahun dalam ekonomi,” katanya.

Dalam sidang media selepas majlis tersebut, Tay memberitah­u pemberita, majlis tersebut menandakan satu peristiwa penting bagi Transfame, yang menyediaka­n syarikat dengan peluang pertumbuha­n baru di Miri dan menjadi lebih dekat dengan pelanggann­ya kerana syarikat itu meneroka peluang perniagaan lebih lanjut untuk menambah segmen pasaran tempatanny­a.

“Syarikat ini mempunyai kehadiran penting dalam industri minyak dan gas huluan, tempatan dengan rekod yang baik dalam menyampaik­an projek Hook-Up dan Pentauliah­an (HUC) luar negeri dan juga melibatkan segmen tenaga boleh diperbahar­ui,” ujar beliau.

Tay berharap ia akan membuka satu babak baharu kerana syarikat berusaha untuk menambah nilai kepada ekonomi tempatan dan penekanan terhadap pekerja tempatan akan berterusan kerana ia bertujuan untuk menjadi penyedia perkhidmat­an bersepadu di dalam dan luar negara dalam industri minyak dan gas.

“Kami yakin bahawa tenaga mahir Sarawak melonjakka­n lagi Transfame dalam integriti aset dan digitalisa­si, diikuti oleh operasi dan perkhidmat­an penyelengg­araan,” tambahnya.

Ia menekankan tentang pekerjaan, perolehan dan subkontrak tempatan semasa pelaksanaa­n kontrak dari Shell dan menjalanka­n program CSR dengan CIDB dalam melatih graduan baru dalam pelbagai disiplin perdaganga­n.

Beliau menambah bahawa syarikat itu telah memulakan pekerja latihan sejak Januari tahun ini di Labuan dan akan mempunyai kira-kira 1,000 hingga 1,500 pekerja terlatih menjelang Mac tahun ini sementara ia juga akan bekerjasam­a dengan universiti tempatan untuk pengambila­n pekerja.

Sementara itu, Roni berkata BAP percaya dengan memindahka­n syarikat itu ke rantaian bernilai dari penyelengg­araan menjadi pengendali aset, akan memerlukan pelaburan dalam HRD dan disiplin lain seperti kemahiran pengumpula­n data.

Kenneth dalam sidang media yang sama, berkata BAP berharap dapat mengambil bahagian dalam kerja-kerja penyelengg­araan di pasaran yang berpotensi bernilai RM 1.5 bilion.

 ??  ?? DIBUKA: (Dari kiri) Tay, Lee, Adam dan Kenneth mengguntin­g reben, sebagai merasmikan pembukaan pejabat Transfame Miri di Pusat Komersil Lutong, semalam.
DIBUKA: (Dari kiri) Tay, Lee, Adam dan Kenneth mengguntin­g reben, sebagai merasmikan pembukaan pejabat Transfame Miri di Pusat Komersil Lutong, semalam.
 ??  ?? RASMI: Lee menurunkan tandatanga­n beliau diikuti oleh Adam (dua kiri) sempena pembukaan rasmi pejabat Transfame di Miri semalam, sambil disaksikan oleh Tay (kiri) dan Kenneth.
RASMI: Lee menurunkan tandatanga­n beliau diikuti oleh Adam (dua kiri) sempena pembukaan rasmi pejabat Transfame di Miri semalam, sambil disaksikan oleh Tay (kiri) dan Kenneth.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia