Utusan Borneo (Sarawak)

BNM serbu lapan premis urus niaga wang tanpa lesen

-

Bank Negara Malaysia ( BNM) menyerbu lapan premis yang menjalanka­n urus niaga penukaran dan pengiriman wang tanpa lesen baru- baru in di bawah seksyen 7(1) Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 (APPW), yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 4(1) APPW.

Entiti yang terlibat ialah Anver Cahaya Enterprise Kawzar Enterprise, Mabruk Mohaideen Enterprise, Nisha Khan Enterprise, Rifai Maju Enterprise, B First Resources Money Me@Hotel Kita dan Nur Ekspress Enterprise.

Bank pusat itu berkata serbuan dilakukan di beberapa premis sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur serta menyita dokumen-dokumen berkaitan dan peralatan komputer untuk membantu siasatan.

Menurut BNM, mana-mana individu atau syarikat yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1) APPW apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Lima pendatang asing tanpa izin yang terlibat menjaga premis dan pelanggan kepada entiti tersebut telah ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” kata BNM dalam kenyataan semalamS.

Menurut bank pusat itu serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkua­saan berterusan oleh pihaknya untuk melindungi orang ramai daripada kemungkina­n mengalam kerugian kewangan kerana berurusan dengan entiti tanpa lesen. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia