Utusan Borneo (Sarawak)

Imbangan pembayaran Malaysia catat lebihan RM33.5 bilion

-

Imbangan pembayaran Malaysia mencatat lebihan RM33.5 bilion pada tahun lepas berbanding 2017 yang disumbangk­an oleh lebihan akaun barangan dan defisit yang lebih rendah dalam akaun perkhidmat­an, kata Jabatan Statistik semalam.

Lebihan akaun semasa negara turut melonjak kepada RM10.8 bilion pada suku akhir (Q4) 2018 berbanding RM3.8 bilion dalam suku sebelumnya (Q3).

Dalam satu kenyataan semalam, jabatan berkenaan menyifatka­n prestasi lebih baik pada Q4 itu didorong oleh lebihan akaun barangan lebih besar iaitu RM33.0 bilion berbanding RM26.6 bilion dalam Q3.

Akaun kewangan pula mencat- at aliran keluar bersih sebanyak RM6.1 bilion (Q3 2018: aliran masuk bersih RM2.3 bilion).

“Pelaburan Langsung Asing ( FDI) meningkat kepada RM12.9 bilion daripada RM4.3 bilion pada suku sebelumnya dengan sebahagian besarnya dari Belanda, Jepun dan Hong Kong,” katanya.

Selain itu, Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negara (DIA) mencatatka­n aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM10.8 bilion dengan destinasi utama ke Kanada, Indonesia dan Singapura.

“Pada 2018, FDI di Malaysia mencatat RM32.6 bilion manakala DIA adalah RM21.3 bilion,” kata jabatan itu.

Pelaburan portfolio turut berubah kepada aliran keluar bersih sebanyak RM5.8 bilion daripada aliran masuk bersih RM0.8 bilion pada Q3.

Selain itu, pelaburan portfolio aset mencatat perubahan kepada aliran keluar bersih sebanyak RM3.3 bilion manakala liabiliti mencatat aliran keluar bersih lebih rendah sebanyak RM2.5 bilion.

Pelaburan lain turut menyaksika­n perubahan kepada aliran keluar bersih RM1.8 bilion daripada aliran masuk bersih RM1.0 bilion pada suku lepas.

“Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia berjumlah RM419.5 bilion berbanding RM426.9 bilion pada suku sebelumnya,” kata jabatan itu — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia