Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit naik 1.5 peratus setakat ini pada 2019, menurut BNM

-

Ringgit mencatatka­n prestasi yang lebih baik setakat ini pada tahun ini, naik 1.5 peratus berbanding dolar AS, walaupun prospek kurang memberangs­angkan dijangka pada masa depan berikutan mata wang luar akan terus mempengaru­hi prestasi ringgit.

Gabenor Bank Negara Malaysia ( BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus menjelaska­n ringgit susut 1.8 peratus berbanding dolar AS pada 2018, sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau.

“Penyusutan ringgit kurang berbanding dolar AS berbanding kebanyakan mata wang serantau,” katanya pada pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) Malaysia bagi tahun penuh 2018 dan pertumbuha­n suku keempat di sini semalam.

Shamsiah berkata ketidakten­tuan mengenai normalisas­i dasar monetari AS dan prospek pertumbuha­n global yang rendah antara faktor yang akan memberi impak kepada prestasi ringgit.

Mengulas mengenai hutang luar Malaysia, katanya sehingga akhir suku keempat 2018, hutang luar negara terdiri daripada 44 peratus hutang jangka pendek dan 56 peratus hutang jangka sederhana hingga jangka panjang.

“Hampir satu pertiga daripada hutang luar dalam denominasi ringgit, di mana 31 peratus daripada hutang negara dalam denominasi ringgit, manakala baki 69 peratus adalah hutang dalam mata wang asing,” katanya.

Shamsiah berkata rizab Malaysia mencukupi dan negara mempunyai mata wang asing- aset cair yang mencukupi untuk memenuhi obligasi hutang luar.

“Lihat kepada jumlah rizab negara, dan kita mempunyai rizab berpusat dengan BNM dan rizab tidak berpusat.

“Kami juga telah memulakan langkah untuk menggunaka­n pertukaran asing kami, dan ini, dengan jumlah rizab kumulatif negara, aset mata wang asing kita cukup untuk menampan impak daripada ringgit yang lemah,” katanya.

Hutang luar negara dalam mata wang asing pada suku keempat 2018 terdiri daripada pinjaman antara bank sebanyak 31.6 peratus, deposit pemastauti­n ( 7.3 peratus), pinjaman antara syarikat ( 16 peratus), kredit perdaganga­n (lapan peratus), bon dan nota ( 24 peratus) dan lain- lain ( 13 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia