Utusan Borneo (Sarawak)

Hutang luar Malaysia 64.7% daripada KDNK

-

Hutang luar Malaysia berjumlah RM924.9 bilion atau 64.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Disember 2018, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam Buletin Suku Tahunan BNM bagi Suku Keempat 2018 yang diumumkan semalam, bank pusat itu berkata hutang luar Malaysia pada akhir September 2018 mencatat RM933.3 bilion atau 65.3 peratus daripada KDNK.

Hutang luar lebih rendah itu turut menggambar­kan pembayaran balik bersih pinjaman antara bank dan kredit dagangan serta penunaian sekuriti hutang domestik oleh pelabur bukan pemastauti­n.

“Selain itu, pembiayaan semula beberapa pinjaman dengan permodalan ekuiti oleh syarikat berkaitan turut berlaku pada suku berkenaan. Sebahagian daripadany­a diimbangi oleh peningkata­n deposit bukan pemastauti­n serta terbitan bon dan nota luar pesisir,” kata BNM.

Menurut bank pusat itu, hutang luar Malaysia juga kekal terurus berdasarka­n profil mata wang dan tempoh matang serta kewujudan aset luar yang besar.

Hampir satu per tiga atau 31.1 peratus hutang luar adalah dalam ringgit (pada akhir bulan September: 31.3 peratus), terutamany­a dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang domestik (62.7 peratus) dan deposit ringgit (17.9 peratus) dalam institusi perbankan domestik.

“Berikutan itu, liabiliti berkenaan tidak tertakluk kepada perubahan nilai akibat penyusutan dalam kadar tukaran ringgit.”

Baki hutang luar sebanyak RM637.4 bilion atau 68.9 peratus daripada jumlah hutang tersebut adalah dalam denominasi mata wang asing (FC) yang sebahagian besarnya dalam bentuk pinjaman luar pesisir yang berkuranga­n kepada RM566.9 bilion atau 39.7 peratus daripada KDNK pada akhir Disember 2018 (akhir September 2018 RM570.3 bilion atau 39.9 peratus daripada KDNK).

Bon dan nota jangka panjang yang diterbitka­n di luar pesisir berjumlah RM152.7 bilion pada akhir Disember 2018 dan merangkumi 24.0 peratus daripada jumlah hutang luar dalam mata wang FC, terutamany­a oleh syarikat bukan kewangan yang disalurkan terutamany­a bag tujuan pembiayaan pengambila­lihan aset di luar negara.

Setakat 31 Jan, 2019, rizab antarabang­sa berjumlah AS$102.1 bilion yang memadai bagi membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar jangka pendek. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRESTASI EKONOMI: Nor Shamsiah (dua kiri) pada sidang akhbar mengenai Prestasi Ekonomi Suku Keempat 2018, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama PRESTASI EKONOMI: Nor Shamsiah (dua kiri) pada sidang akhbar mengenai Prestasi Ekonomi Suku Keempat 2018, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia