Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK ENGGAN PERJUDI NASIB

-

Sarawak berhasrat untuk menjadi kuasa besar sukan karate di Malaysia dan berpotensi di rantau ini dengan strategi pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Sebagai permulaan, SCC melantik jurulatih karate antarabang­sa dari Iran, Yousef Ataei Khanghah sebagai ketua jurulatih menerajui usaha pembanguna­n dengan mengenal pasti potensi peserta untuk digilap sebagai atletatlet terkemuka pada kejohanan berkelas kebangsaan dan dunia.

Yousef, 44, merupakan atlet remaja dan kebangsaan Iran dari 2005 hingga 2008 sebelum dilantik sebagai jurulatih Pulau Pinang dari 2008 hingga 2018.

Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan (Sukan Fizikal) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Dr Ong Kong Swee memberitah­u terdapat potensi besar untuk atlet-atlet tempatan dilatih di peringkat lebih tinggi supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam acara karate yang lebih kompetitif.

“Pada masa ini, kami menubuhkan MSNS Gitokukai Main Dojo (pusat latihan) di Pusat Komersil Taman Hui Sing dan kemudahan itu menjadi venue terbaik untuk atletatlet berjumpa secara kerap menjalani sesi latihan bermula dari jam 2 hingga 4.30 petang setiap hari.

“Pada masa ini, terdapat 14 atlet dikenal pasti oleh Yousef menjalani latihan dan jumlah itu dijangka bertambah dengan kerjasama Persatuan Karate Sarawak dan kelab-kelab gabunganny­a,” kata Ong.

Beliau berkata, MSNS bersama Persatuan Karate Sarawak melatih atlet- atlet berusia antara 14 hingga 20 tahun dan mereka dilatih di Pusat Kecemerlan­gan Karate Kuching.

“Sesi latihan dijalankan oleh jurulatih antarabang­sa kami baharu dilantik dari Iran dan beliau memantau perkembang­an standard kumite (tempur bebas) atlet-atlet kita,” katanya.

Beliau menambah terdapat cadangan memperkena­l Liga Karate Sarawak yang pertama seumpamany­a di Malaysia dan acara itu dijangka menarik penyertaan seluruh bahagian negeri di mana pertanding­an mungkin diadakan secara timbal balik.

“Ini menjadi kejohanan menarik kerana peserta berpeluang bertanding di banyak tempat dan dengan itu mereka mendapat pendedahan terbaik serta pengalaman bersaing dengan atlet-atlet terbaik setiap bahagian,” jelas Ong.

Katanya, jika respons amat memberangs­angkan mereka membuka penyertaan negerinege­ri lain untuk membolehka­n peserta tempatan mendapat pendedahan lebih baik apabila bertanding dengan atlet-atlet terbaik di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAWAT: Ong (lapan kanan), Yousef (tujuh kanan) melawat pusat latihan Gitokukai MSNS di Pusat Komersil Taman Hui Sing, Kuching.
LAWAT: Ong (lapan kanan), Yousef (tujuh kanan) melawat pusat latihan Gitokukai MSNS di Pusat Komersil Taman Hui Sing, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia