Utusan Borneo (Sarawak)

MINYAK ENGKABANG, PROSESNYA RUMIT DAN SEMAKIN DILUPAKAN

LELAKI MELECUR DALAM KEBAKARAN DINIHARI

- Oleh Lina Kunjak

MUKAH: Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental melecur di muka dan badan dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanam, Dalat dekat sini sekitar jam 3.40 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman, mangsa berumur 54 tahun tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Ibunya telah meninggal dunia seminggu lalu, manakala saudaramar­anya masing-masing tinggal di Sibu dan Bintulu,” katanya kepada Utusan Borneo.

Kejadian katanya, dipercayai berpunca daripada api yang digunakan mangsa untuk memasak mi.

Setakat ini katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan kes masih dalam siasatan pihak bomba.

Mangsa yang cedera juga telah dibawa ke Hospital Dalat untuk rawatan dan difahamkan akan dirujuk ke Hospital Sibu.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah PPgB Mohd Azhari Awi berkata, pihaknya terpaksa menyeberan­gi Batang Oya dengan tiga perahu untuk memadam kebakaran dengan menggunaka­n air sungai.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu berkeluasa­n 30 meter kali 40 meter,” jelasnya.

Selain anggota Bomba dan Penyelamat Mukah, Pasukan Bomba Sukarela Medong turut membantu dalam usaha memadamkan kebakaran rumah tersebut.

banyak pantang arang dan memerlukan kesabaran tinggi antara cabaran dalam proses pembuatan minyak engkabang yang diusahakan penduduk setempat sejak duhulu lagi.

Sharina Andrew Bunyin, 30, yang mahu berkongsi mengenai proses pembuatan minyak engkabang berkata, beliau ingin masyarakat umum tahu perihal cara atau proses pembuatann­ya secara terpirinci kerana ramai yang bertanya terutamany­a masyarakat dari luar.

Sharina yang berasal dan menetap di Rumah Mat, Batu 11, Sungai Assan Senanining di Julau berkata, ketibaan musim buah engkabang hanya berlaku sekali dalam enam tahun, seperti di kampung mereka yang terkenal sebagai pengeluar pati minyak engkabang asli dan bermutu tinggi.

“Proses kelihatan senang namun sebenarnya amat sukar dan rumit sereta memerlukan kesabaran yang tinggi,” katanya ketika bercakap kepada pemberita, baru-baru ini.

Jelasnya, buah engkabang matang yang telah gugur akan hanyut mengikut aliran sungai kerana kebanyakan pokok engkabang tumbuh melata di tebing sungai atau berdekatan dengan sumber air, sama ada tumbuh secara liar atau ditanam.

“Selesai kerja mengumpul, buah engkabang tadi akan dibuang kulit serta dijemur di bawah cahaya matahari. Buah akan bertukar warna menjadi coklat gelap apabila sudah cukup kering atau boleh juga dipatah dua untuk mengetahui tahap kekeringan buah tersebut.

“Buah yang sudah cukup kering tadi akan ditumbuk menggunaka­n lesung dan memerlukan tempoh yang sangat panjang. Ini kerana, serbuk buah engkabang yang telah ditumbuk akan ditapis dan bahagian isi yang masih berketul akan ditumbuk semula sehingga menjadi serbuk halus,” terangnya panjang lebar.

Selepas semua buah engkabang ditumbuk menjadi serbuk, barulah proses memasak atau mengukus dimulakan. Serbuk buah engkabang yang dimasak akan dikacau sehingga adunan sebati dan kira-kira setengah jam diperlukan untuk memasak setiap adunan sehingga selesai.

Selesai proses memasak, tiba proses ‘ngapit’, iaitu memerah atau mengeluark­an minyak daripada serbuk buah engkabang. ‘Pengapit’ diperbuat daripada kayu belian serta dibina berdekatan sungai dan jauh dari kawasan rumah panjang.

Menurut kepercayaa­n masyarakat Iban di Julau, proses ini tidak boleh ‘ditegur’ atau ‘banyak mulut’ dikhuatiri akan merosakkan hasil minyak dan proses tidak menjadi seperti yang diinginkan. Terdapat juga pantang larang yang lain semasa proses membuat minyak engkabang.

“Kerja ‘mengapit’ atau memerah pati minyak memerlukan dua tenaga kerja, yang mana serbuk engkabang yang telah dimasak akan dimasukkan ke dalam guni yang baharu. Guni digunting terlebih dahulu supaya bukaan lebih lebar dan senang untuk memasukkan serbuk engkabang.

“Guni yang berisi serbuk engkabang akan diletakkan di celah-celah pengapit yang mempunyai dua bahagian. Pengapit akan ditekan dengan kuat agar mudah untuk minyak engkabang terhasil.

“Upih pinang dijadikan corong untuk menadah minyak engkabang dan tempat untuk menakung minyak diletakkan di bawah corong, yang terhasil daripada apitan tadi. Proses ini selesai selepas minyak tidak menitis lagi daripada serbuk perahan dalam guni tersebut,” katanya lagi.

Untuk proses seterusnya, minyak engkabang yang tersimpan di dalam bekas akan ditapis menggunaka­n penapis serbuk kopi sebelum dituang ke dalam buluh yang telah dipotong dan dibersihka­n.

“Permukaan buluh akan ditutup menggunaka­n plastik dan dirapikan dengan gelang getah supaya minyak tidak tertumpah. Buluh yang berisi minyak tadi akan direndam dalam air, dengan kedalaman tiga per empat.

“Jika dahulu, buluh akan direndam di sungai kerana air sungai lebih sejuk dan minyak akan cepat beku. Kesan peredaran zaman dan akibat banyak masalah lain yang timbul termasuk gangguan daripada binatang buas, maka kami hanya merendam dalam tong air sahaja,” jelas Sharina.

Apabila pati minyak engkabang yang diisi dalam buluh sudah membeku ia akan dipotong mengikut saiz permintaan pelanggan. Produk pati minyak engkabang mendapat permintaan tinggi di pasaran termasuk daripada pelanggan dari luar Sarawak.

Oleh kerana engkabang berbuah enam tahun sekali, Sharina dan keluarga memanfaatk­an peluang ketika ia berbuah untuk menghasilk­an minyak bagi menambahka­n pendapatan mereka sekeluarga selain meneruskan tradisi keluarga.

Sharina mengharapk­an tradisi memproses minyak engkabang akan terus subur dipraktikk­an komuniti setempat dan tidak hilang ditelan zaman kerana baginya, tidak ramai bahkan boleh dikatakan majoriti generasi pada hari ini tidak kenal apa itu buah engkabang, apatah lagi tahu bagaimana cara menggunaka­n minyak engkabang.

“Pati minyak engkabang boleh dikatakan seperti mentega yang dihasilkan daripada lemak haiwan, mempunyai rasa seakanakan mentega namun rasanya lebih padu, berlemak, sedikit masin dan serasi serta enak dimakan dengan nasi panas.

“Harapan saya agar pihak berkaitan seperti Jabatan Pertanian dan agensi lain melaksanak­an inisiatif sepatutnya untuk membangun dan melestarik­an industri buah engkabang supaya memiliki pasaran yang lebih luas, harga pasaran yang stabil dan menggandak­an hasil pengeluara­nnya kelak,” katanya.

 ??  ?? RANAP: Rumah yang musnah dijilat api di Kampung Tanam, Dalat pagi semalam.
RANAP: Rumah yang musnah dijilat api di Kampung Tanam, Dalat pagi semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEDAP: Minyak engkabang sedap dimakan bersama nasi panas sebagai pembuka selera.
SEDAP: Minyak engkabang sedap dimakan bersama nasi panas sebagai pembuka selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia