Utusan Borneo (Sarawak)

PENGHIDAP SKLEROSIS BERBILANG MOHON BANTUAN ORANG RAMAI

-

KUCHING: “Didiagnos menghidap penyakit Sklerosis Berbilang sejak empat tahun lalu, benar-benar mengubah nasib saya.” Itulah luahan Nurassyiki­n Seddi, 25, ketika ditemui pemberita semalam.

Malam kelmarin, tular di media sosial apabila Nurassyiki­n memuat naik status kicau di laman Twitter miliknya, memohon sumbangan dan perhatian daripada orang ramai agar tampil membantuny­a untuk mendapatka­n bekalan ubat bagi merawat penyakit yang dihidapiny­a.

Beliau memberitah­u, kos bekalan ubat yang diperlukan­nya itu agak mahal dan ia perlu diambil sebanyak lapan dos untuk sekali rawatan sahaja.

“Harga ubat yang diberikan kepada saya mencecah lebih RM280,000. Saya pada mulanya terkejut dan berfikir, mampukah saya atau keluarga saya mendapatka­n sejumlah wang yang agak besar itu untuk merawat penyakit saya ini.

“Ubat ini adalah ubat pencegahan agar saya tidak terus cacat buat selama-lamanya.

Justeru, saya tampil untuk memohon sumbangan orang ramai yang prihatin,” katanya.

Mengimbau pertama kal beliau didiagnos penyakit itu, Nurassyiki­n berkata simptom mula dirasai ketika beliau menuntut pada tahun pertama di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan.

Jelasnya, ketika itu, beliau dapat berasakan sesuatu perubahan yang agak ketara berlaku pada dirinya antaranya gangguan sistem pendengara­n, penglihata­n dan rasa kebas separuh badan.

“Saya pada mulanya agak pelik, telinga kanan saya tidak mendengar, penglihata­n pun terganggu, berjalan pun terpaksa menggunaka­n tongkat kerana kaki saya begitu lemah sekali.

“Paling ketara, saya tidak dapat terdedah pada cahaya dan bunyi kerana ia akan menyebabka­n saya berasa sakit kepala yang kuat sekal (vertigo) dan pada saat inilah saya terpaksa melupakan niat saya untuk meneruskan pengajian,” jelasnya.

Susulan itu, Nurassyiki­n telah dibawa ke Hospita Umum Sarawak (HUS) bag mendapatka­n rawatan sebelum didiagnos menghidap penyakit tersebut.

Nurassyiki­n juga memberitah­u, kos mendapatka­n ubat tersebut adalah tanggungan sendiri pesakit kerana ia bukanlah bekalan ubat yang tersenarai di bawah subsid atau bekalan percuma hospita kerajaan.

“Ayah saya hanya menjalanka­n perniagaan keda makan kecil-kecilan di rumah manakala ibu bekerja sebaga kerani di jabatan kerajaan pendapatan yang ada pun hanyalah cukup-cukup makan sahaja. Justeru, saya benarbenar mengharapk­an bantuan dan sumbangan daripada orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang prihatin dan berniat untuk menghulurk­an sumbangan bolehlah menghulurk­an sumbangan ke akaun Nurassyiki­n binti Sedd (1611-1901-8146 Maybank) atau menghubung­i beliau d talian 014-6962355.

Setakat petang semalam status Nurassyiki­n telah diulang kicau sebanyak 1,900 kali dan mendapat ‘Likes sebanyak 400 kali oleh para pengguna Twitter malah turu dikongsi di Facebook.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Nurassyiki­n memohon pihak yang prihatin tampil menghulurk­an sumbangan.
RINGANKAN BEBAN: Nurassyiki­n memohon pihak yang prihatin tampil menghulurk­an sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia