Utusan Borneo (Sarawak)

BERJAYA BEBAS AKHIRNYA

Kerajaan Kemboja membebaska­n kesemua 47 tahanan Malaysia petang semalam susulan beberapa rundingan.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Kemboja membebaska­n kesemua 47 rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey, Poipet, barat Kemboja petang semalam.

Pembebasan tersebut dibuat selepas beberapa rundingan dibuat di antara pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah ketika dihubungi semalam berterima kasih kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen atas kelulusan pembebasan tersebut.

“Alhamdulil­lah baru sebentar tadi (semalam) Menteri Kanan yang dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan Kemboja, Datuk Othsman Hassan telah bercakap dengan saya menerusi telefon dari Siem Reap untuk mengumumka­n secara rasmi berita baik bahawa semua tahanan sudah berjaya dibebaskan.

“Saya juga telah bercakap dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai berita baik ini dan tindakan susulan akan dibuat untuk membawa balik anak Sarawak dan semua tahanan yang lain,” katanya.

Fatimah berkata, beliau bersama delegasi yang lain termasuk Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan berangkat semula ke Siem Reap hari ini dari Phnom Penh untuk mengatur urusan membawa pulang kesemua tahanan ke tanah air.

Sementara itu, Wan Junaidi bagi pihak kerajaan Malaysia dan delegasi Malaysia khususnya Sarawak mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri Kemboja dan juga Othsman yang bertanggun­gjawab mendapat kelulusan pembebasan itu daripada Kerajaan Kemboja.

Beliau percaya pembebasan itu akan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja khususnya Sarawak.

“Tidak ada sesiapa yang boleh disalahkan selain mereka yang menganiaya­i anak-anak ini yang mana belum lagi kita ketahui siapa.

“Esok (hari ini) kita akan ke Siem Reap semula untuk urusan dokumentas­i semua anak-anak tahanan bagi urusan penerbanga­n balik ke Malaysia,” ujarnya menambah, delegasi dan tahanan akan kembali ke tanah air menaiki penerbanga­n yang sama, sama ada menggunaka­n AirAsia atau penerbanga­n lain.

Dalam pada itu, kesemua 47 rakyat Malaysia terbabit dilaporkan ditahan sejak 11 Disember tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Sebahagian besar daripada tahanan tersebut merupakan rakyat Sarawak iaitu seramai 40 orang berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun.

 ??  ?? SYUKUR: Sebahagian tahanan Malaysia meraikan pembebasan mereka dari Penjara Penjara Provinsi Banteay Meanchey di Siem Reap, petang semalam.
SYUKUR: Sebahagian tahanan Malaysia meraikan pembebasan mereka dari Penjara Penjara Provinsi Banteay Meanchey di Siem Reap, petang semalam.
 ??  ?? USAHA: Fatimah (tiga kanan) dan Wan Junaidi (dua kanan) mengunjung­i Kedutaan Malaysia di Phnom Penh bagi perbincang­an mengenai tahanan Malaysia di Kemboja.
USAHA: Fatimah (tiga kanan) dan Wan Junaidi (dua kanan) mengunjung­i Kedutaan Malaysia di Phnom Penh bagi perbincang­an mengenai tahanan Malaysia di Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia