Utusan Borneo (Sarawak)

‘Inilah berita yang sangat kami nanti-nantikan’

Ibu salah seorang rakyat Sarawak yang ditahan di Kemboja bersyukur dengan pembebasan mereka

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: “Inilah berita yang sangat kami nanti-nantikan, syukur alhamdulil­lah mereka telah dibebaskan,” kata Zunita Sedini yang merupakan salah seorang ahli keluarga 47 rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey, Poipet, barat Kemboja.

Ibu kepada Yusuf Islam Abdul Malik yang merupakan antara 40 anak Sarawak yang menjadi tahanan di situ berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutamany­a kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri

Apabila mendengar berita ini saya seakan-akan bermimpi dan sangat gembira serta terharu kerana inilah berita

“yang kami terutamany­a ibu bapa mangsa nanti-nantikan selama ini.

Zunita Sedini

Ibu salah seorang rakyat Sarawak ditahan di Kemboja

yang berusaha membantu mendapatka­n pembebasan kesemua mangsa terlibat.

“Saya baharu sahaja tiba dari Kuala Lumpur selepas balik dari Kemboja, sebaik sahaja mendarat di Kuching sekitar jam 4 petang tadi (semalam) saya dimaklumka­n mengenai pembebasan kesemua mangsa tahanan.

“Apabila mendengar berita ini saya seakan-akan bermimpi dan sangat gembira serta terharu kerana inilah berita yang kami terutamany­a ibu bapa mangsa nanti-nantikan selama ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah menguruska­n perkara ini terutamany­a kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam membantu kesemua mangsa tahanan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Pada masa sama, Zunita amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan individu yang dikenali dengan panggilan ‘Uncle Azra’ yang banyak membantu kesemua tahanan termasuk 40 anak Sarawak.

Tambahnya, beliau tidak sabar menunggu kepulangan anaknya dan merancang untuk menyambut ketibaan kesemua 40 anak Sarawak di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KTAK) kelak.

“Saya juga telah memaklumka­n kepada semua ibu bapa mangsa tahanan melalui pesanan ringkas dalam kumpulan WhatsApp dan kami bersiap sedia untuk menyambut kepulangan anakanak kami,” jelasnya.

Malah, beliau amat berharap urusan kepulangan kesemua mangsa berjalan dengan lancar dan selamat.

“Kalau boleh saya berharap mereka dapat pulang ke tanah air dalam minggu ini juga kerana itulah harapan kami semua dan kami tidak sabar untuk melihat wajah mereka,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli keluarga mangsa ta- hanan, Golip Gindip, 52, yang menetap di Kampung Raso, Lundu ketika dihubungi turut melahirkan perasaan gembira sebaik sahaja mendengar berita tentang kedua-dua anaknya Gibson Golip, 22, dan Grevina Golip, 23, bersama 45 rakyat Malaysia telah dibebaskan.

“Saya amat gembira mendengar berita ini, terima kasih kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana tidak berputus asa membantu kami dalam membebaska­n kesemua mangsa tahanan.

“Saya berharap mereka cepat balik ke Sarawak dan saya tidak sabar untuk melihat wajah kedua-dua mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia