Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki dicekup pecah masuk rumah sarang burung

-

Dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dan seorang warganegar­a Indonesia dicekup kerana dipercayai memecah masuk rumah sarang burung walet di Skim B di sini, malam kelmarin.

Kedua- dua suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditangkap oleh pemilik rumah burung walet ketika memecah masuk rumah sarang burung itu sekitar jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superinten­den Awang Arfian Awang Bujang berkata, kegiatan keduadua suspek memecah masuk rumah burung walet itu disedari pekerja menjaga rumah burung itu sekitar jam 10 malam.

“Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, pekerja rumah burung itu memaklumka­n perkara tersebut kepada majikan mereka dan seterusnya membawa kepada penangkapa­n kedua- dua suspek.

“Suspek ditangkap direman empat hari bermula hari ini ( Jumaat) bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

 ??  ?? BERLUBANG: Dinding rumah burung walet dipecahkan oleh suspek untuk dijadikan laluan masuk.
BERLUBANG: Dinding rumah burung walet dipecahkan oleh suspek untuk dijadikan laluan masuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia