Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit ladang sawit

-

Seorang kanakkanak lelaki berusia empat tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit di sebuah ladang sawit di Bawang Assan dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Indra Agus ditemui dua jam selepas dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pembantu perubatan (MA) di Klinik Kesihatan Bawang Assan berhubung kejadian jam 5.40 petang itu.

“Kanak- kanak itu dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang pekerja ladang sawit dan disahkan meninggal dunia jam 5.30 petang,” katanya di sini semalam.

Katanya, kanak- kanak itu dipercayai lemas dalam parit di bahagian belakang rumah pekerja.

“Difahamkan mangsa bermain bola di kawasan belakang rumah dan kemungkina­n cuba mengambil bola yang terjatuh dalam parit sebelum ditemui lemas,” katanya.

Jelasnya, siasatan awal polis di tempat kejadian dilawati mendapati lebar parit lebih kurang empat kaki dengan kedalaman lima kaki.

Stanley berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu dan pemeriksaa­n doktor mendapati tiada kecederaan atau lebam pada tubuh badannya.

“Tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut ( SDR),” jelasnya.

 ??  ?? TRAGIK: Mangsa dipercayai lemas dalam parit (gambar) belakang rumah dan disahkan meninggal dunia.
TRAGIK: Mangsa dipercayai lemas dalam parit (gambar) belakang rumah dan disahkan meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia