Utusan Borneo (Sarawak)

Toh Puan Ragad adakan kunjungan Jalinan Kasih ke dua organisasi di Miri

-

Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib mengadakan kunjungan Jalinan Kasih ke dua organisasi kebajikan di sini, semalam.

Kunjungan pertama beliau ialah ke rumah warga emas, Home For The Aged di Krokop dan disambut oleh Pengerusi Home for The Aged Temenggung Dato Sri Lee Sie Tong, Penyelia Home For The Aged Betty Pong serta jawatankua­sa yang lain.

Pada kunjungan tersebut, beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada 24 penghuni warga emas terbabit.

Toh Puan Ragad kemudianny­a mengadakan kunjungan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Methodist Miri yang dihuni seramai 20 orang berumur lapan hingga 18 tahun.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak berkenaan.

Menerusi kedua-dua kunjungan itu, Toh Puan Ragad turut menyumbang­kanmasing-masing RM7,000 untuk kegunaan dua organisasi kebajikan terbabit.

 ??  ?? TANDA KEHADIRAN: Toh Puan Ragad menandatan­gani buku pelawat Home For The Aged Krokop, sambil diperhatik­an oleh Lee (dua kiri), Betty (kanan) serta yang lain.
TANDA KEHADIRAN: Toh Puan Ragad menandatan­gani buku pelawat Home For The Aged Krokop, sambil diperhatik­an oleh Lee (dua kiri), Betty (kanan) serta yang lain.
 ??  ?? JALINAN KASIH: Kanak-kanak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Methodist Miri merakam kenangan bersama Toh Puan Ragad selepas menerima kunjungan sempena Jalinan Kasih semalam.
JALINAN KASIH: Kanak-kanak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Methodist Miri merakam kenangan bersama Toh Puan Ragad selepas menerima kunjungan sempena Jalinan Kasih semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia