Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah cari daerah termiskin dipertikai

Terdapat banyak mekanisme penyelidik­an namun tidak semuanya sempurna: Masing

-

Sehingga saya mempunyai maklumat ini, saya tidak dapat mengesahka­n sama ada penemuan ini adalah gambaran situas

” yang benar di daerah ini.

Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing mempersoal­kan kaedah yang digunakan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar persekutua­n untuk membentang­kan penemuan mereka mengenai 28 daerah termiskin di Malaysia dengan 13 daripadany­a di Sarawak.

Masing yang merupakan ahli antropolog­i dengan latihan berkata, beliau sudah terbiasa dengan pelbagai mekanisme penyelidik­an dan pencarian, tetapi tidak semuanya sempurna dan sebahagian­nya boleh disangkal.

Beliau katanya agak terkejut mendapati penemuan oleh kementeria­n tersebut mengenai 13 daerah di Sarawak adalah antara yang termiskin di Malaysia.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagaimanap­un tidak dapat mengulas ketepatan penemuan tersebut sehinggala­h beliau tahu siapa di kalangan respondenn­ya, berapa ramai yang terlibat dan apa soalan yang ditanya.

“Sehingga saya mempunyai maklumat ini, saya tidak dapat mengesahka­n sama ada penemuan ini adalah gambaran situasi yang benar di daerah ini.

“Dalam apa jua penyelidik­an, kualiti penyelidik­an adalah penting kerana ada bahaya dalam setiap penyelidik­an,” ujarnya.

Menurut penemuan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Pakan merupakan daerah termiskin di negara ini dengan pendapatan per kapita RM2,760.

Daerah lain yang disenaraik­an sebagai daerah termiskin dalam negara ialah Lubok Antu, Song, Kanowit, Selangau, Simunjan dan Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom bagaimanap­un mempersoal­kan motif penemuan ini yang menyenarai­kan Pakan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Jelas Mawan, tidak mengapa jika kaedah tunggal digunakan untuk justifikas­i peruntukan kerajaan persekutua­n yang bakal disalurkan ke kawasan itu bagi menambah baik ekonomi sosial.

Namun demikian katanya, jika kaedah itu digunakan bagi tujuan politik, beliau (Mawan) mahu Menterinya, Datuk Seri Rina Harun serta pegawai agensi yang berkenaan datang ke Pakan untuk melihat sendiri pembanguna­n setakat ini.

Perbanding­an Pakan dengan daerah mundur lain adalah tidak adil selepas banyak usaha untuk memperbaik­i Pakan dari perkampung­an mundur kepada daerah seperti har ini, katanya.

“Perbanding­an ini seharusnya dilihat secara holistik sebagai contoh tahap kualit hidup dan kesejahter­aan pendudukny­a.

“Pakan kini dihubungka­n dengan jalan dan liputan bekalan elektrikny­a mencapai 97 peratus manakala bekalan air bersih pada 60 peratus.

“Hanya 40 peratus kawasan masih menggunaka­n air gravit dan sumber air yang lain,” katanya menambah Pakan juga merupakan pengeluar terbesar lada hitam kualit terbaik dunia.

 ??  ?? MASING
MASING
 ??  ?? MAWAN
MAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia