Utusan Borneo (Sarawak)

SWP mahu KM ambil perhatian tujuh daerah dianggap miskin

-

Parti Pekerja Sarawak (SWP) mahu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil perhatian terhadap tujuh daerah di negeri ini yang dianggap termiskin.

Presidenny­a Munan Laja berkata, salah satunya adalah daerah Song.

“Saya mencadangk­an kerajaan negeri supaya menggunaka­n sebahagian daripada rizab negeri untuk membangunk­an daerah-daerah berkenaan termasuk daerah Song,” katanya menerusi kenyataann­ya di sini, semalam.

Munan berkata, daerah Song mempunyai sebanyak 160 rumah panjang dengan populasiny­a seramai 53,687 pada 2005, namun jumlah itu menurun kepada 20,046 pada 2010.

“Daerah Song kalau kita lihat tidak banyak infrastruk­turnya berubah termasuk pembanguna­nnya yang lain. Kita percaya disebabkan itu, ia tersenarai antara daerah termiskin di negara ini,” ujarnya.

Sebagai contoh ujarnya, Jalan Takan tidak banyak membangun dan beliau mendakwa keadaannya masih sama seperti tujuh tahun lalu.

Munan mendakwa, tidak banyak perubahan ke atas daerah Song sejak sekian lama.

Selepas diumumkan sebagai antara daerah termiskin di negara ini, beliau mendakwa ramai penduduk Song tertanya-tanya apakah yang telah kerajaan lakukan di daerah itu sedangkan mereka pengundi kepada kerajaan sekarang sejak dahulu lagi.

“Persoalann­ya, ramai penduduk Song yang mengundi kerajaan negeri sekarang, namun mereka hairan sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai dana, kenapa daerah mereka tidak dibangunka­n seperti daerah-daerah lain,” dakwanya.

Beliau mendakwa, penduduk ingin melihat naik taraf Jalan Takan yang kini hanya sampai ke Nanga Bajor.

“Seboleh-bolehnya, Jalan Takan ini disambungk­an sehingga ke Ulu Katibas dan ia tidak perlu berhenti setakat Nanga Bajor.

“Jika jalan ini diperluask­an lagi, maka lebih banyak pembanguna­n lain dapat masuk dengan adanya hubungan jalan raya ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia