Utusan Borneo (Sarawak)

Dengan kerjasama dan pendekatan betul, organisasi yang terlibat boleh memperoleh­i pendapatan lumayan dan pahala

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Institusi kewangan Islam berpotensi tinggi menjana pendapatan sekiranya diteroka dengan cara yang betul, kata Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Menurutnya, dengan kerjasama dan pendekatan betul, organisasi yang terlibat boleh memperoleh­i pendapatan lumayan dan pada masa sama mendapat pahala.

“Saya melihat potensi institusi Islam itu kalau betul kita terokai dan jalan yang betul, ia boleh menjana pendapatan. Banyak yang boleh kita lakukan, apatah lagi dalam dunia digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Dana Wakaf AlBait dan Kempen syuQR melalui aplikasi e- Wallet Boost di Dewan Kompleks Islam di sini, semalam.

Abang Mohd Shibli berkata,

Saya melihat potensi institusi Islam itu kalau betul kita terokai dan jalan yang betul, ia boleh menjana pendapatan. Banyak yang boleh kita lakukan, apatah

” lagi dalam dunia digital.

lebih 10 tahun lalu, sistem wakaf mengunakan kaedah konvension­al iaitu melalui kutipan tabung di masjid dan surau, tetapi kini teknologi telah mengubah cara kutipan wakaf dilakukan.

“Memang tidak terbayang dalam tempoh belasan tahun lalu, kita tidak terfikir bahawa kutipan wakaf boleh dilakukan secara menggunaka­n aplikasi talian e-Wallet Boost hasil kerjasama dengan pihak perbankan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad Datuk Adissadiki­n Ali berkata, peranan RHB Islamic Bank dalam inisiatif tersebut adalah untuk merangsang dan menggalakk­an sumbangan kepada dana wakaf dari kalangan sektor awam dan swasta.

“Untuk menyokong inisiatif ini, RHB Islamic Bank telah menyediaka­n ‘syuQR’ iaitu platform derma digital pertama di Malaysia yang menggunaka­n aplikasi e-Wallet Boost dengan kerjasama Axiata Digital untuk membolehka­n orang ramai membuat sumbangan wakaf terus kepada tabung dana wakaf.

Sehubungan itu katanya, RHB Islamic Bank amat berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif wakaf ini demi menyokong pembanguna­n masyarakat dan kepentinga­n negara.

“Adalah menjadi prerogatif kami untuk memupuk generasi masa depan dan menyumbang ke arah pembinaan negara,” katanya.

Melalui inisiatif ini, beliau berharap untuk meningkatk­an pengurusan dan pem- bangunan projek wakaf dan menunjukka­n sokongan yang lebih padu ke arah pembinaan komuniti dengan nilai-nila yang kukuh.

TBS adalah merupakan agensi di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS) yang bertanggun­gjawab dalam pengurusan hal ehwal zakat, sadaqatu jariah dan wakaf di Sarawak.

Manakala, RHB Islamic Bank merupakan sebuah institusi perbankan yang ditubuhkan di Malaysia.

Tujuan Dana Wakaf AlBait itu dilancarka­n adalah untuk mengumpul dana wakaf daripada individu atau institusi yang kemudianny­a akan disalurkan kepada projek yang berkaitan dengan bidang pendidikan, kesihatan pemerkasaa­n ekonomi dan pelaburan.

Selain itu, ia memberi ruang kepada institusi kewangan Islam terlibat sama dalam usaha menyokong pembanguna­n wakaf yang boleh memberikan impak ekonomi yang besar kepada masyarakat.

Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie Pengurus Besar TBS

 ??  ?? LANCAR: Abang Mohd Shibli bersama Adissadiki­n (tiga kanan) serta tetamu lain memperkena­lkan Dana Wakaf Al-Bait dan Kempen syuQR yang menggunaka­n aplikasi e-Wallet Boost pada majlis pelancaran­nya di Kuching, semalam.
LANCAR: Abang Mohd Shibli bersama Adissadiki­n (tiga kanan) serta tetamu lain memperkena­lkan Dana Wakaf Al-Bait dan Kempen syuQR yang menggunaka­n aplikasi e-Wallet Boost pada majlis pelancaran­nya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia