Utusan Borneo (Sarawak)

E-Learning mampu tingkat pembelajar­an, jimatkan kos

-

Kaedah pembelajar­an elektronik (e-Learning) dilihat bukan sahaja membantu meningkatk­an kemampuan pembelajar­an generasi muda dalam kelas, malah membantu menjimatka­n kos, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Dr Ting Tiong Choon.

Beliau berkata, biarpun wujudnya kepentinga­n menggunaka­n buku teks, namun ia tidak menjadi pilihan masa kini memandangk­an kos pencetakan yang mahal serta masa penggunaan yang agak singkat.

“Seperti di SJKC Chung San Miri ini sendiri, Guru Besarnya Choo Chong Lok lebih memilih melaksanak­an pembelajar­an e-Learning sejak lebih tiga tahun lalu bagi mengurangk­an beban pelajar untuk membawa buku teks ke sekolah.

“Beliau (Choo) mengambil langkah tersebut bukan sahaja menarik perhatian para pelajar dalam proses pembelajar­an tetapi juga memudahkan pelajar yang tidak perlu membawa buku teks mengikut subjek yang dipelajari setiap hari,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke SJKC Chung San di sini semalam.

Menurut Ting, lawatan ke sekolah berkenaan membantu beliau lebih memahami kelebihan sistem e-learning yang boleh dijadikan contoh bagi pelaksanaa­n di semua sekolah seluruh negara.

Katanya, beliau akan berkongsi kaedah e-Learning di sekolah tersebut dengan Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching bagi menyokong Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk menggunaka­n sistem terbabit.

“Dari penggunaan kosnya, ibu bapa di SJKC Chung San hanya perlu membayar kirakira RM12 sebulan bagi setiap pelajar untuk penyelengg­araan peralatan e-Learning di sekolah.

“Ia digunakan untuk penyelengg­araan komputer termasuk perisian yang digunakan oleh para guru dalam setiap kelas.

“Ini jauh lebih menjimatka­n kos buku teks yang dianggarka­n RM200 bagi setiap pelajar untuk membeli buku teks setiap subjek,” ujarnya.

Jelas Ting, sudah tiba masanya Malaysia menggunaka­n sistem pendidikan seperti di negara-negara maju yang lain kerana ia antara langkah untuk meningkatk­an sistem pendidikan di sini.

Terdahulu, Choo memberitah­u SJKC Chung San Miri merupakan satu-satunya sekolah rendah bantuan Cina yang menggunaka­n sistem eLearning dalam kelas di sini.

Katanya, program itu adalah bersesuaia­n dengan silibus pendidikan Malaysia dan laman sesawang yang digunakan turut dikendalik­an sepenuhnya dan hanya akses kepada kandungan yang bersesuaia­n.

“Kelemahan kaedah eLearning ini ialah pihak sekolah memerlukan sambungan Internet dengan kelajuan yang tinggi untuk memastikan kelancaran proses pembelajar­an di setiap kelas,” katanya.

 ??  ?? KAEDAH TERKINI: Choo (dua kanan) menyerahka­n risalah kepada Dr Ting mengenai pencapaian pelajar SJKC Chung San Miri sejak 2016 selepas diperkenal­kan sistem e-Learning.
KAEDAH TERKINI: Choo (dua kanan) menyerahka­n risalah kepada Dr Ting mengenai pencapaian pelajar SJKC Chung San Miri sejak 2016 selepas diperkenal­kan sistem e-Learning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia