Utusan Borneo (Sarawak)

Penemuan najis tikus punca premis makanan di PJHUS ditutup sementara

-

Penemuan najis tikus di ruang dapur premis menjadi punca sebuah premis makanan di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS), Kota Samarahan ditutup sementara.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim ketika mengulas tentang penutupan premis makanan berkenaan yang diarahkan tutup selama 14 hari bermula 13 Februari lalu.

Katanya, penutupan itu adalah susulan Operasi Pemeriksaa­n Premis Makanan Bersih yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan.

“Jabatan Kesihatan Sarawak ingin memaklumka­n tindakan penutupan sementara premis makanan di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan yang diambil oleh PKB Samarahan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 13 Februari 2019.

“Hasil pemeriksaa­n melalui operasi tersebut, PKB Samarahan menemui najis tikus di ruang dapur premis berkenaan yang menunjukka­n kehadiran makhluk perosak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dr Jamilah menegaskan, premis tersebut juga dikenakan kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983.

“Jika pemeriksaa­n semula oleh PKB Samarahan mendapati tahap kebersihan adalah memuaskan, maka premis akan dibenarkan beroperasi semula,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykila­n berhubung sebarang isu kebersihan dan keselamata­n makanan boleh menghubung­i Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah yang terdekat.

“Pengguna juga boleh membuat aduan berkaitan di laman sesawang http:// moh. spab. gov.my atau laman facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak iaitu www.facebook. com/,” ujarnya.

 ??  ?? DITUTUP: Notis penutupan sementara ditampal di hadapan premis makanan berkenaan.
DITUTUP: Notis penutupan sementara ditampal di hadapan premis makanan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia