Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Sarawak tekad bantu capai ekonomi digital Sarawak

Kekangan peruntukan tidak mematahkan semangat UiTM Sarawak bantu kerajaan negeri realisasi hasrat tersebut: Rektor

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bertekad untuk terus mendukung hasrat kerajaan negeri dalam merealisas­ikan pembanguna­n ekonomi digital di negeri ini.

Rektor UiTM Sarawak Prof Dato Dr Jamil Hamali berkata, meskipun terdapat kekangan peruntukan, namun ia tidak mematahkan semangat UiTM Sarawak untuk membantu kerajaan negeri dalam mencapai hasrat tersebut.

“Walaupun penguranga­n peruntukan masih kita alami, tetapi ia tidak mungkin mematahkan semangat kita untuk meneruskan kecemerlan­gan di UiTM Sarawak dalam membantu kerajaan negeri mencapai hasrat ekonomi digital dan juga hasrat kerajaan persekutua­n dalam memastikan Malaysia terus gah di persada antarabang­sa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pe-

Untuk 2019 dan seterusnya, marilah kita bekerja keras, fokus dalam tugas supaya kita dapat menjadikan organisasi ini sebuah organisasi yang cemerlang dan

” gemilang.

Prof Dato Dr Jamil Hamali

Rektor UiTM Sarawak

nutupan Hari Inovasi 2018 dan sambutan Tahun Baharu Cina bertemakan Menginsank­an Inovasi Untuk Pendidikan Berkualiti di Dewan Jubli UiTM Sarawak Kampus Samarahan di sini semalam.

Pada masa sama, Jamil meminta kakitangan UiTM Sarawak untuk meneruskan kualiti dalam perkhidmat­an bagi memartabat­kan universiti ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita perlu meneruskan perjuangan untuk memartabat­kan UiTM khasnya UiTM Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

“Untuk 2019 dan seterusnya, marilah kita bekerja keras, fokus dalam tugas supaya kita dapat menjadikan organisasi ini sebuah organisasi yang cemerlang dan gemilang,” tambahnya.

Selain itu, beliau menyeru agar kakitangan UiTM Sarawak untuk lebih aktif dalam menganjurk­an aktiviti di peringkat antarabang­sa seperti penyelidik­an, perundinga­n dan sebagainya.

Malah, beliau meminta kakitangan UiTM Sarawak untuk bersikap profesiona­l bagi memboleh mencapai pengurusan berkualiti.

Menyentuh tentang pelantikan Dr Mohd Azraai Kassim sebagai Naib Canselor UiTM baharu, Jamil meminta seluruh warga UiTM Sarawak menerima kepimpinan baharu universiti itu.

“Untuk mencapai sebuah organisasi cemerlang, kita harus menghormat­i dan mematuhi arahan seorang ketua dan saya berharap dengan pelantikan Naib Canselor UiTM baharu ini anda semua dapat memberi kerjasama yang sebaiknya untuk memastikan UiTM terus cemerlang,” ujarnya.

Pada majlis itu, Jamil turut menyampaik­an Anugerah Khidmat Setia 20 Tahun kepada lapan penerima serta 25 penerima Anugerah Pengurusan Kualiti Peringkat UiTM Sarawak.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jamil (tengah) merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Pengurusan Kualiti dan Anugerah Khidmat Setia 20 Tahun di UiTM Sarawak Kampus Samarahan, semalam.
UNTUK ALBUM: Jamil (tengah) merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Pengurusan Kualiti dan Anugerah Khidmat Setia 20 Tahun di UiTM Sarawak Kampus Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia