Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu fikir secara mendalam sebelum mansuh hukuman mati: Nancy

-

Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri menggesa kerajaan berfikir secara mendalam dan berunding dengan orang ramai sebelum memutuskan untuk memansuhka­n sepenuhnya hukuman mati mandatori.

Nancy yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ada negara lain yang mengekalka­n hukuman mati dengan mengambil kira beberapa jenayah kejam yang masih berlaku.

“Kerajaan Britain misalnya, mengambil masa hampir 200 tahun untuk akhirnya memutuskan memansuhka­n hukuman mati, tetapi bukan bermaksud saya mencadangk­an kita harus menunggu selama 200 tahun juga.

“Apa yang saya maksudkan ialah penglibata­n awam yang lebih banyak adalah penting sebelum keputusan penting ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan yang keras terhadap apa-apa jenis hukuman,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Nancy, ketika beliau merupakan menteri yang bertanggun­gjawab ke atas undangunda­ng, kebimbanga­n mereka adalah hukuman mati ke atas kesalahan yang dilakukan di bawah pelbagai undang-undang seperti pembunuhan, pengedaran dadah serta mengutuk Yang di-Pertuan Agong.

“Semasa saya dalam kabinet, kerajaan telah mengenakan moratorium ke atas semua pertuduhan sehingga hukuman mati dimansuhka­n bagi kes dadah.

“Meskipun ia tidak diumumkan secara terbuka, ia telah menjadi rahsia terbuka bahawa moratorium dikenakan ke atas kesalahan pengedaran dadah.

“Semasa saya berkhidmat sebagai menteri, kebimbanga­n saya adalah untuk meminda undang-undang bagi mengembali­kan kuasa untuk memutuskan hukuman mati kepada mahkamah,” katanya.

Tambah Nancy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berhasrat untuk membentang­kan cadangan pemansuhan hukuman mat mandatori ini pada persidanga­n parlimen yang akan datang.

Secara peribadi katanya, beliau mempunyai pendapat yang bercampur-campur mengena perkara ini.

Di satu pihak katanya, keluarga mangsa yang dibunuh dengan kejam menggesa mahkamah mengambil tindakan yang tegas terhadap tertuduh, manakala di satu lagi pihak, keluarga tertuduh memohon hukuman penjara seumur hidup.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan untuk berfikir secara mendalam dan berunding dengan orang rama sebelum memutuskan untuk memansuhka­n hukuman mat mandatori.

Pada awal Oktober tahun lepas, jemaah menteri memutuskan untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori bag semua kesalahan.

Susulan keputusan itu, semua pelaksanaa­n hukuman mati telah ditangguhk­an sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa.

Selain itu, kabinet turut mempertimb­angkan untuk mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun jika hukuman mati mandatori dimansuhka­n.

Cadangan ini akan diputuskan oleh jemaah menter sebelum parlimen bersidang pada 11 Mac ini.

 ??  ?? NANCY
NANCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia