Utusan Borneo (Sarawak)

Derita Raj Amirul terus dapat perhatian masyarakat setempat dan wakil rakyat

-

Derita pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong yang mengalami pendarahan di dalam otak terus mendapat perhatian masyarakat setempat dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir.

Terdahulu, Raj Amirul Ramli, 17, dari Kampung Hilir Tengah di sini pengsan di dalam kelas dan dikejarkan ke hospital ketika sesi persekolah­an baru memasuki minggu kedua pada awal tahun ini.

Ketika mendapatka­n rawatan, Raj Amirul, anak kepada ibu tunggal yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) tahun ini, disahkan doktor mengalami pendarahan di dalam otak dan perlu menjalani pembedahan.

Justeru, pada Ahad, 17 Februari ini, Raj Amirul dijadual menjalani pembedahan di kepala dan leher di Hospital Sibu, namun semua itu bergantung kepada tahap kesihatann­ya.

Sementara itu, ketika menziarahi Raj Amirul buat kali kedua di rumahnya semalam, Mohd Chee memohon masyarakat agar sama-sama berdoa agar Raj Amirul cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapi dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.

“Lebih-lebih lagi, dia dalam tingkatan lima dan akan menduduki peperiksaa­n SPM hujung tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Chee menyampaik­an sumbangan berupa katil dan tilam bagi memastikan keselesaan Raj Amirul berehat kerana sebe- lum ini dia hanya berbaring di atas lantai dengan beralaskan tilam yang nipis.

 ??  ?? PRIHATIN: Mohd Chee ketika menziarahi Raj Amirul buat kali kedua di rumahnya semalam sambil menyampaik­an sumbangan.
PRIHATIN: Mohd Chee ketika menziarahi Raj Amirul buat kali kedua di rumahnya semalam sambil menyampaik­an sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia