Utusan Borneo (Sarawak)

PKPIS Cawangan Julau dan Pakan secara rasmi ditubuh

-

Pertubuhan Kebajikan Petani Iban Sarawak (PKPIS) Cawangan Julau dan Pakan secara rasminya ditubuhkan, baru-baru ini.

Dengan wujudnya cawangan tersebut, masyarakat di kawasan sekitar akan dapat bekerjasam­a dengan PKPIS untuk memajukan diri dalam sektor pertanian.

Justeru, Elly Lawai Ngalai telah dilantik sebagai Ketua PKPIS Cawangan Julau dan Pakan sementara Timbalanny­a ialah Sendar Sabang.

PKPIS yakin pelantikan kedua-dua individu itu dapat memajukans­ektorperta­niandikawa­san bawah jagaannya.

Dengan pelbagai visi dan misi baharu dalam sektor pertanian, PKPIS cawangan tersebut bakal menjadi cawangan yang relevan dan mempunyai produk pertaniann­ya tersendiri.

Selain itu, kawasan Julau dan Pakan amat aktif dengan produk lada hitam dan lada putih.

Oleh yang demikian, Dewan Majlis Tertinggi (DMT) PKPIS cawangan itu komited dalam membantu masyarakat memasarkan produk tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita tentang hala tuju PKPIS di cawanganny­a, Elly berkata, “Dengan kepercayaa­n yang diberikan oleh DMT PKPIS peringkat negeri, saya akan sedayaupay­amembantum­asyarakat sekitar Julau dan Pakan dalam bidang pertanian.”

Selain itu jelasnya, PKPIS cawanganny­a akan berusaha mencari peluang pasaran baharu ke peringkat luar dalam memasarkan produk lada hitam dan lada putih, begitu juga dengan kelapa sawit.

Mengenai projek pertanian yang bakal diwujudkan di Julau dan Pakan, Elly memberitah­u hasratnya untuk menjadikan Julau dan Pakan sebagai pusat pengeluara­n produk ternakan ikan air tawar.

“Saya telah membuat pelbaga perancanga­n dan saya berharap agar pihak DMT PKPIS akan meluluskan projek tersebut antara yang boleh saya nyatakan di sini ialah ternakan ikan air tawar,” tambahnya.

Mesyuarat penubuhan cawangan terbabit yang diadakan d Julau turut dihadiri Pengerus PKPIS Bari Ubi, Pengarah PKPIS Negeri Sarawak Jocky Jim Ungka serta ahli-ahli DMT yang lain.

Penduduk sekitar kawasan Julau dan Pakan yang ingin menjadi ahli PKPIS boleh berhubung terus dengan Elly.

 ??  ?? MAJUKAN PERTANIAN: Elly (duduk, lima kanan), Bari (duduk, tengah), Jocky (duduk, lima kiri) mer akamkan kenangan bersama ahli-ahli DMT PKPIS semasa mesyuarat di Julau, baru-baru ini.
MAJUKAN PERTANIAN: Elly (duduk, lima kanan), Bari (duduk, tengah), Jocky (duduk, lima kiri) mer akamkan kenangan bersama ahli-ahli DMT PKPIS semasa mesyuarat di Julau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia