Utusan Borneo (Sarawak)

Program bicara awam TSA 2012, PDA74 dan MA63 di UCTS 9 Mac

-

Program bicara awam berkaitan Akta Laut Wilayah (TSA) 2012, Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA74) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diadakan pada 9 Mac ini, bertempat di Dewan Kuliah C, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

Program yang bermula jam 9 pagi itu adalah anjuran Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nangka.

Timbalan Pengerusi Ma- jlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Robert Lau Hui Yew, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato Gerawat Gala dan aktivis MA63 Zainal Ajamain dijangka hadir bagi mengupas isu-isu berkenaan.

Bagi yang berminat untuk mengikuti program ini, boleh mendaftar di https:// goo.gl/form/jBKVAKOKcc­3eQB5S2.

Tempat duduk adalah terhad dan pendaftara­n awal amat dialu-alukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia