Utusan Borneo (Sarawak)

KM hadiri program ‘Berambeh Ngopi Ngan CM Abg Jo’ di Miri

Program tertutup untuk perkenal GPS, hala tuju baharu parti

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri program ‘ Berambeh Ngopi Ngan CM Abg Jo’ di SouthLake Permyjaya di sini, petang semalam.

Abang Johari yang tiba kira-kira jam 3.30 petang disambut Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus, ADUN Lambir Ripin Lamat dan ahli- ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pertemuan Ketua Menteri yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 500 ahli PBB daripada tiga cawangan iaitu Piasau, Pujut dan Senadin di samping ahli-ahli dari cawangan Bekenu dan Lambir.

Terdahulu, Lukanisman ketika ditemui mendedahka­n tujuan program tersebut adalah untuk memperkena­lkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada ahli-ahli PBB termasuk berkongsi arah baharu GPS.

“Majlis ini dibuat secara tertutup kerana melibatkan sesi Q&A (soal jawab) di mana

Majlis ini dibuat secara tertutup kerana melibatkan sesi Q&A (soal jawab) di mana kita akan memberi peluang kepada yang

“hadir untuk bertanya apa-apa sahaja perkara kepada Abang Johari.

Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti

kita akan memberi peluang kepada yang hadir untuk bertanya apa-apa sahaja perkara kepada Abang Johari.

“Pada majlis ini kita men- jangka KM akan memberitah­u perancanga­nnya untuk PBB dan secara keseluruha­nnya adalah untuk seluruh Sarawak,” katanya.

Ketika ditanya adakah perjumpaan tersebut menguatkan lagi khabar angin mengenai pilihan raya akan datang, Lukanisman seolaholah tidak menafikan perkara tersebut.

“Ya, ini antara prapermula­an untuk pihan raya akan datang, kita bersemanga­t untuk mempromosi­kan parti baharu kita GPS.

“Kita tak tahu bila pilihan raya akan diadakan, jika ikut jangka masa memang tahun 2021, mungkin awal, apa-apa boleh berlaku,” ujarnya.

 ??  ?? ‘BERAMBEH NGOPI’: Abang Johari (empat kiri) bersama tetamu kehormat dan para hadirin menyanyika­n lagu GPS pada pertemuan tersebut.
‘BERAMBEH NGOPI’: Abang Johari (empat kiri) bersama tetamu kehormat dan para hadirin menyanyika­n lagu GPS pada pertemuan tersebut.
 ??  ?? BAYAR BALIK: Talib (tiga kanan) menyaksika­n JTS menyampaik­an cek pembayaran balik lebih premium kepada Tiah mendiami SPS Kampung Jabai, Bintulu semalam.
BAYAR BALIK: Talib (tiga kanan) menyaksika­n JTS menyampaik­an cek pembayaran balik lebih premium kepada Tiah mendiami SPS Kampung Jabai, Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia