Utusan Borneo (Sarawak)

JTK Sarawak, PERKESO adakan Ops Bersepadu Siri Kedua di Bau

-

Jabatan Tenaga Kerja ( JTK) Sarawak melancarka­n Operasi Khas Penguatkua­saan Bersepadu (Ops Bersepadu) Siri Kedua bersama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Negeri Sarawak kelmarin.

Menurut kenyataan medianya, seramai 15 pegawai penguat kuasa dari kedua-dua jabatan berkenaan terlibat dalam operasi khas kali ini dengan pemeriksaa­n dimulakan pada jam 10 pagi di Pekan Bau dekat sini.

Daripada sembilan tempat pekerjaan diperiksa, operasi khas itu berjaya mengesan 85 pelanggara­n di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

Sehubungan itu, JTK Sarawak mengeluark­an sembilan notifikasi pelanggara­n kepada majikan bagi memastikan tindakan pembetulan diambil oleh mereka yang terlibat.

Antara pelanggara­n yang dikesan termasuk kegagalan majikan menyimpan daftar peribadi yang lengkap (sembilan kes), kegagalan majikan menyimpan daftar terma dan syarat penggajian yang lengkap (9), kegagalan majikan menyimpan daftar gaji dan elaun yang lengkap (9), gagal memberi notis berhubung permulaan perniagaan (9) dan kegagalan majikan memberi salinan daftar gaji dan elaun yang lengkap kepada pekerja (6).

Gagal membayar gaji lebih masa kepada pekerja (6), gagal membayar gaji kerja hari kelepasan (5), gagal mem- pamerkan notis hari rehat di tempat pekerjaan (5), gagal membayar gaji minimum (3), menghendak­i pekerja untuk bekerja lebih lapan jam sehari (3), menghendak­i pekerja untuk bekerja melebihi tempoh masa 10 jam (3), gagal membayar gaji dalam masa yang ditetapkan (3) dan membayar gaji melalui bank tanpa kebenaran bertulis pekerja (3) juga antara pelanggara­n-pelanggara­n yang dikesan.

Pelanggara­n lain yang ialah menghendak­i pekerja bekerja melebihi 48 jam seminggu ( 2), menghendak­i pekerja bekerja lebih 12 jam sehari (2), melanggar peruntukan waktu kerja bagi orang muda, gagal memberi rehat 30 minit selepas bekerja lima jam berturut- turut, menghendak­i pekerja bekerja melebihi had lebih masa yang ditetapkan gagal menyedia dan menyimpan roster hari rehat, gaga membayar gaji kerja pada har rehat, gagal memberikan cut tahunan dan membuat potongan gaji selain dari yang dibenarkan masing- masing satu kes.

Selain itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat pelanggara­n di bawah seksyen 119 Ordinan Buruh ( Sarawak) iaitu menggaj pekerja bukan pemastauti­n tanpa lesen.

Dalampadai­tu,JTKSarawak akan meneruskan Ops Bersepadu bersama PERKESO untuk memastikan pematuhan undang-undang perburuhan di kalangan majikan dan memelihara hak-hak pekerja di bawah undang- undang berkenaan.

 ??  ?? PERIKSA: Para pegawai penguat kuasa dari JTK Sarawak dan PERKESO Negeri Sarawak melakukan pemeriksaa­n pada Ops Bersepadu Siri Kedua di Pekan Bau kelmarin.
PERIKSA: Para pegawai penguat kuasa dari JTK Sarawak dan PERKESO Negeri Sarawak melakukan pemeriksaa­n pada Ops Bersepadu Siri Kedua di Pekan Bau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia