Utusan Borneo (Sarawak)

Beri pendapat industri boleh dibangun di Projek Estet Industri Betong: Awg Tengah

-

Komuniti setempat disaran memberi pendapat berkaitan industri yang boleh dibangunka­n untuk dimanfaatk­an menerusi Projek Estet Industri Betong yang bakal siap.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, perkara itu perlu dilaksanak­an menerusi sesi dialog bersama penduduk dan pemilik perniagaan yang menunjukka­n minat oleh Pejabat Residen Betong.

“Kemudahan komprehens­if akan ditempatka­n di estet tersebut agar ia menjadi nadi kepada industri-industri yang popular di kawasan Betong seperti getah dan sawit.

“Sebagai contoh, terdapat banyak produk yang dapat dihasilkan dari buah sawit dan estet ini boleh berperanan menjadi hab pengeluara­n produk tersebut,” katanya ketika melawat tapak pembinaan estet tersebut, baru-baru ini.

Awang Tengah menambah, dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo nanti, maka adalah penting untuk komuniti dari kawasan Betong dan sekitarnya untuk mempersiap­kan diri dengan kemahiran.

Projek mega tersebut terletak di laluan Lebuh Raya Pan Borneo, tegasnya.

Beliau turut meluangkan masa melawat Anjung Usahawan Betong yang akan dibuka tidak lama lagi.

Turut sama adalah Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana E-Dagang Datuk Naroden Majais, Menter Muda Pembanguna­n Industr dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Datu Liaw Soon Eng.

 ??  ?? TINJAU: Awang Tengah melawat Anjung Usahawan Betong yang akan dibuka tidak lama lagi.
TINJAU: Awang Tengah melawat Anjung Usahawan Betong yang akan dibuka tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia