Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran lima juta pelancong

Rakyat turut berperanan jayakan Kempen Melawat Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Rakyat Sarawak berperanan penting untuk mencapai sasaran lima juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Sarawak 2019.

Timbalan Residen Limbang Sebi Abang berkata, masyarakat terutama di bahagian ini digesa untuk menjayakan Kempen Melawat Sarawak yang sedang diusahakan ketika ini.

“Usaha untuk meningkatk­an kedatangan pelancong ke Sarawak bukan hanya dipikul pihak kerajaan atau agensi swasta semata-mata.

“Rakyat memainkan peranan masing-masing dengan mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n menarik di mata dunia,” ujarnya pada Program Jerayawara Kempen Melawat Sarawak di Dewan Bunga Raya di sini, semalam.

Turut hadir ialah Penolong Kementeria­n Pelanconga­n Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak Siti Awa Suib, Pengurus Lembaga Pelanconga­n Sarawak Cawangan Miri Denva Ajeng Wan, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Temenggung Nicholas Buyok Pura.

Rakyat memainkan peranan masing-masing dengan mempromosi­kan Sarawak sebagai dunia. ” destinasi pelanconga­n menarik di mata

Sebi Abang

Timbalan Residen Limbang

Sebi berkata, bentuk muka bumi Sarawak yang luas menjanjika­n pelbagai tempat menarik dan pengalaman baharu kepada para pelancong dari luar dan dalam negara.

Jelasnya, produk pelanconga­n di bahagian ini perlu dipromosik­an dan kedudukan strategik Limbang berhampira­n Brunei, Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan juga harus dimanfaatk­an.

“Kemasukan pelancong yang ramai akan menjana pendapatan kepada para peniaga dan sektor lain sekaligus meningkatk­an taraf ekonomi penduduk,” ujarnya lagi.

Sebli menambah, kepelbagai­an etnik di Sarawak dapat mewujudkan keunikan dan daya tarikan tersendiri terutama dari segi budaya, adat, kepercayaa­n, pakaian, makanan, perayaan dan pesta-pesta keramaian.

“Di bahagian Limbang, pelancong boleh menyaksika­n Pesta Babulang, Pesta Badudun, MakanTahun Perdana, Irau Aco, Pesta Medamit dan sebagainya.

“Kesemua pesta ini boleh dipromosik­an sebagai produk pelanconga­n kerana diadakan secara berterusan setiap tahun,” ujarnya lagi.

Tambahnya, pelbagai produk pelanconga­n terdapat di sini termasuk Lumpur Bebuak, Gunung Buda, Merarap Hot Spring Lawas, monyet belanda di Kampung Patiambun, inap desa Kuala Medalam, Tanah Tinggi Ba’ Kelalan dan sebagainya.

“Kita mencadangk­an agar produk pelanconga­n ini dipakejkan supaya para pelancong dapat menikmati kesemuanya dengan harga berpatutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia