Utusan Borneo (Sarawak)

Guna agensi pelanconga­n, pengembara­an dengan rekod baik elak tertipu: Abd Karim

-

Orang ramai yang merancang untuk melancong dinasihati agar mendapatka­n khidmat agensi pelanconga­n dan pengembara­an yang terbukti mempunyai rekod baik.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini penting agar mereka tidak menjadi mangsa agensi tidak bertanggun­gjawab yang menjerat orang ramai dengan menawarkan pakej pelanconga­n murah.

“Adalah lebih selamat berurusan dengan agensi pelanconga­n dan pengembara­an yang mempunyai rekod baik dalam menguruska­n pakej pelanconga­n ini, meskipun kos mungkin lebih mahal berbanding menggunaka­n agensi yang tidak diketahui rekod mereka,” ujarnya.

Abdul Karim berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia ( MATTA) agar orang ramai lebih berhati-hati dengan pakej pelanconga­n murah yang ditawarkan, lebih-lebih lagi dalam talian atau media sosial.

Ini berikutan kes 120 pengembara yang menjadi mangsa penipuan pakej pelanconga­n murah, membabitka­n kerugian lebih RM810,000 baru-baru ini.

“Pengguna harus berhatihat­i agar tidak menjadi mangsa penipuan ejen pakej pelanconga­n murah tidak bertanggun­gjawab yang menjadikan orang ramai yang ingin melancong sebagai mangsa.

“Ada ramai penipu di luar sana dan industri pelanconga­n dan pengembara­an juga tidak terkecuali. Kita mahu semua pengguna sedar akan perkara ini,” tegas Abdul Karim.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia