Utusan Borneo (Sarawak)

SEB komited pelihara minat generasi muda terhadap sape

Pelbagai program telah dan sedang dirancang untuk memartabat­kan muzik tradisiona­l sape agar tidak lapuk ditelan zaman

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Walaupun sape sangat popular dan penting terutama dalam kalangan generasi terdahulu, kami difahamkan bahawa pemain sape yang handal pada

” masa sekarang semakin berkuranga­n.

MIRI: Sarawak Energy Berhad ( SEB) melalui tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) komited untuk mengekalka­n minat orang ramai terutama generasi muda terhadap muzik tradisiona­l lute atau sape.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmat­an Korporat SEB Aisah Eden berkata, pelbagai program telah dan sedang dirancang oleh SEB untuk memartabat­kan muzik tradisiona­l sape agar tidak lapuk ditelan zaman.

“Walaupun sape sangat popular dan penting terutama dalam kalangan generasi terdahulu, kami difahamkan bahawa pemain sape yang handal pada masa sekarang semakin berkuranga­n.

“Mengikut perhatian kami, minat melanjutka­n tradisi dalam kalangan generasi muda juga menurun, mungkin di- sebabkan faktor penghijrah­an anak muda ke bandar yang kurang mempraktik­kan tradisi tersebut ataupun minat mereka lebih kepada zaman digital dan inovasi abad ke21,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persembaha­n Muzik Sape Terpanjang Tanpa Henti di Radio Televisyen Malaysia ( RTM) Miri di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak Zainal Abidin Asri Abd Wahid dan Pengurus Besar CSR dan Kelestaria­n SEB Jiwari Abdullah.

Menurut Aisah, untuk mengekalka­n tradisi dan warisan sape, SEB telah menjalinka­n kerjasama dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Long San pada 2016 dengan mengadakan program latihan memainkan sape yang dinamakan Warisan Sape Telang Usan.

“Hasil program itu, kebanyakan peserta yang berjaya menghabisk­an latihan mereka ternyata cekap bermain sape dan ini telah terbukti dengan penyertaan beberapa orang dari kalangan mereka pada persembaha­n ikonik Rain- forest World Music Festival pada 2017 dan 2018.

“Di samping itu, mereka juga telah berjaya merakamkan album yang dinamakan ‘Warisan Sape Telang Usan’ iaitu pada tahun lepas,” ujarnya.

Aisah menambah, beberapa graduan daripada program latihan sape itu juga akan memaparkan bakat masing-masing dalam Persembaha­n Muzik Sape Terpanjang Tanpa Henti yang bermula semalam.

Persembaha­n selama 50 jam memulakan detiknya semalam dengan menampilka­n persembaha­n permulaan oleh legenda sape negara, Mathew Ngau Jau.

Program itu disertai serama 54 pemain sape handalan dar Baram, Tinjar dan Belaga serta sebanyak 59 melodi sape asa akan dimainkan secara bergilir-gilir tanpa henti selama 50 jam.

Persembaha­n j ulung kali diadakan di Malaysia itu sebagai usaha untuk mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records ( MBR).

Sehubungan itu, orang ramai terutama peminat muzik tradisiona­l sape dipelawa hadir ke Auditorium RTM Miri untuk menyaksika­n dan mendengar alunan muzik sape bermula pagi semalam dan dijangka tamat kira-kira jam 11.30 pagi Ahad, 17 Februari.

Aisah Eden

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmat­an Korporat SEB

 ??  ?? RASMI: Aisah (tujuh kanan) dan Zainal Abidin Asri (enam kiri) memetik alat muzik sape sebagai gimik perasmian Persembaha­n Muzik Sape Terpanjang Tanpa Henti, di RTM Miri, semalam.
RASMI: Aisah (tujuh kanan) dan Zainal Abidin Asri (enam kiri) memetik alat muzik sape sebagai gimik perasmian Persembaha­n Muzik Sape Terpanjang Tanpa Henti, di RTM Miri, semalam.
 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Simoi (tengah) menyampaik­an geran kepada wakil PIBG (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Yusuf (tiga kanan) serta yang lain.
GUNA SEBAIKNYA: Simoi (tengah) menyampaik­an geran kepada wakil PIBG (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Yusuf (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia