Utusan Borneo (Sarawak)

Semua warga sekolah perlu sedia laksana M10MP: KGBS

-

Semua warga sekolah khasnya guru perlu bersedia dalam melaksanak­an Modul 10 Minit Perhimpuna­n ( M10MP) yang akan dilaksanak­an di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara secara berperingk­at.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, ia demi kebaikan bersama untuk mencapai hasrat murni seperti yang telah digariskan dalam program oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sekiranya program ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya, KGBS yakin landskap perhimpuna­n mingguan sekolah akan lebih ceria dan akan menggalakk­an program yang berasaskan penglibata­n murid-murid.

“Memandangk­an tujuan serta hasil program ini adalah amat baik, maka KGBS mengharapk­an agar warga sekolah dapat menerima program dengan hati terbuka,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Pada Selasa lepas, Bernama dipetik sebagai berkata perhimpuna­n mingguan secara konvension­al di sekolah akan ditambah nilai dengan memfokuska­n budaya kreatif, inovatif dan dinamik dalam kalangan pelajar.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, perhimpuna­n sekolah alaf baharu perlu diperkasa ber- sesuaian perkembang­an semasa.

Sehubungan itu kata Maszlee, Modul 10 Minit Perhimpuna­n ( M10MP) yang dibangunka­n Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas sejak Januari 2017 akan dilaksanak­an di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara secara berperingk­at.

Oleh yang demikian Ahmad berkata, kesatuan menyokong sepenuhnya pelaksanaa­n M10MP dengan tujuan untuk menggalakk­an perkembang­an murid dar segi pelbagai kemahiran insaniah seperti pemikiran kreatif, inovasi, KBAT, kolaborati­f dan elemen berkaitan dengan memupuk nilai-nila murni sejagat dalam kalangan murid.

Kesatuan katanya, amat mengharapk­an agar gagasan yang diilhamkan oleh menteri diterjemah serta dilaksanak­an dengan penuh tanggungja­wab oleh semua pemimpin yang terdiri daripada pengetua guru besar serta warga sekolah.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia