Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi serah geran RM10,000 kepada PIBG SMK Lingga

-

SIBU: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 16 Februari ini di Hotel Paramount di sini, jam 9 pagi.

Pengerusin­ya Angelyn Uchi Maseng berkata, AGM itu kelak akan turut dihadiri Presiden SIDS Dato Ir Alice Jawan yang juga Penasihat SIDS Sibu.

“Tiada pemilihan ahli jawatankua­sa baharu pada AGM itu kelak kerana sesi kita adalah dari tahun 2018-2020.

“Ia hanyalah mesyuarat berkenaan dengan laporan kewangan, aktiviti dan perkara-perkara yang berkaitan,” ujarnya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Justeru, beliau menggesa semua ahli-ahli SIDS Sibu menghadiri AGM itu kelak.

Menurutnya lagi, SIDS Sibu akan menganjurk­an tiga acara besar pada tahun ini iaitu Pertanding­an Menenun Pua Kumbu Sarawak 2019, Majlis Pra Gawai Dayak Bahagian Sibu 2019 dan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-30 SIDS Sibu.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubung­inya di talian 016-8825861.

Geran berjumlah RM10,000 disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga bagi tujuan pelaksanaa­n program dan aktiviti tahunan di sekolah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, geran tersebut harus dimanfaatk­an untuk menjalanka­n aktiviti sekolah sepanjang tahun ini.

“Saya berharap geran ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan di sekolah ini,” ujarnya pada majlis penyampaia­n geran berkenaan kelmarin.

Simoi menambah, SMK Lingga merupakan satu-satunya sekolah menengah di kawasan DUN Lingga yang mula beroperasi pada akhir Jun 2018 dengan seramai 305 pelajar.

“Kebanyakan anak- anak yang bersekolah di sekolah ini datangnya dari kawasan Lingga, Stumbin, Tanjung Bijat, Banting serta be- berapa kawasan sekitar Sri Aman.

“Dengan pembukaan SMK Lingga ini, ia telah mengurangk­an kesesakan pelajar di beberapa sekolah menengah di Sri Aman termasuk SMK Saint Luke, SMK Simanggang, SMK Sri Aman dan SMK Melugu,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Lingga Mohd Yusuf Lugom serta guru- guru kanan yang lain.

 ??  ?? PERTAHAN SENI: Peserta kelas ‘kuntau’ ASADIA sedang berlatih di Ibu Pejabat SADIA, Kota Sentosa di Kuching.
PERTAHAN SENI: Peserta kelas ‘kuntau’ ASADIA sedang berlatih di Ibu Pejabat SADIA, Kota Sentosa di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia