Utusan Borneo (Sarawak)

23 ahli KRT Kpg Tengah adakan lawatan ke Sabah

-

Seramai 23 ahli Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Kampung Tengah menyertai Program Lawatan Integrasi Komuniti 2019 ‘Jom Ngerayo Ke Sabah’ selama lima hari empat malam bermula 14 hingga 18 Februari ini.

Pengerusin­ya Khamis Sita Wasli berkata, program itu bertujuan untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengan beberapa KRT di negeri berkenaan.

Menurutnya, semasa berada di Sabah, pihaknya akan mengadakan lawatan integrasi ke KRT Taman Kota di Tuaran.

Selain itu katanya, mereka akan berkunjung ke beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu termasuk Pulau Manukan, Pulau Sapi, Tanjung Aru, Desa Daily Farm dan Taman Kinabalu.

Turut menyertai lawatan berkenaan, Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Ahmad Kamal Malek dan Pembantu Pembanguna­n Masyarakat di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Kelvin Lambai.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Ahli KRT Kampung Tengah, Sri Aman bergambar sebelum bertolak ke Kuching dan seterusnya ke Sabah kelmarin.
TIMBA ILMU: Ahli KRT Kampung Tengah, Sri Aman bergambar sebelum bertolak ke Kuching dan seterusnya ke Sabah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia