Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA terus anjur Kelas Kuntau dan Kelas Tarian Ngajat Indu Iban

-

Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) sekali lagi menganjurk­an Kelas Kuntau dan Kelas Tarian Ngajat Indu Iban bagi 2019.

Ketua ASADIA Mabong Unggang berkata, dua kelas kebudayaan ini antara yang terus menerima sambutan menggalakk­an daripada para peserta.

Seramai tujuh peserta menyertai kelas ‘ kuntau,’ manakala kelas ngajat ‘indu’ Iban disertai seramai 17 peserta.

Menurut Mabong, selain kelas ‘ kuntau’ dan ngajat ‘indu’ Iban, akademi juga ada membuka kelas kebudayaan lain.

Antaranya, kelas memainkan alat muzik sape dan ‘ belikan,’ kelas ‘ betaboh’ dan kelas gendang ‘pampat’ serta kelas sulaman manik dan membuat manik ‘empang’ iaitu aksesori pakaian wanita Iban.

“Pada 4 Mei 2019, akademi akan mengadakan majlis tamat kelas kebudayaan serta melancarka­n program memelihara seni ‘belikan.’

“‘ Belikan’ merupakan salah satu peralatan muzik tradisiona­l masyarakat Dayak Iban menyerupai sape yang mana sudah lama tidak diamalkan.

“Majlis tersebut dijangka dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin.

Mabong bagi pihak ASADIA turut mengalu-alukan orang ramai untuk hadir memberi sokongan bagi menjayakan majlis itu nanti.

Tempahan meja untuk majlis itu nanti boleh dibuat dengan menghubung­i Mabong menerusi talian 0126925562.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia