Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwaan mohon pindahkan kes Rizal ke mahkamah sama kes Rosmah

-

Pihak pendakwaan memohon untuk memindahka­n kes Datuk Rizal Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di Sarawak, ke mahkamah sama yang mendengar kes pengubahan wang haram isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan mengetuai pasukan pendakwaan memberitah­u Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa pendakwaan memfailkan permohonan memindahka­n kes itu pada Rabu lepas.

Sri Ram juga memaklumka­n dokumen berkaitan menurut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili bekas pegawai khas kepada perdana menteri itu tidak membantah permohonan pendakwaan dan mahkamah menetapkan 14 Mac ini untuk pengurusan kes.

Pada 15 November 2018, Rizal, 45, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta melibatkan pembekalan peralatan serta pemasangan sistem hibrid solar bagi sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta, bagi pihak Rosmah sejumlah RM187.5 juta iaitu 15 pera- tus nilai kontrak, daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Ia sebagai dorongan untuk Rosmah melakukan suatu perkara yang dicadangka­n iaitu membantu Jepak Holdings mendapatka­n Projek Bersepadu Sistem Solar Photovolta­ic (PV) Hibrid dan Penyelengg­araan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Bagi pertuduhan kedua, Rizal didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan iaitu wang berjumlah RM25 juta daripada Saidi sebagai dorongan untuk tertuduh melakukan suatu perkara yang dicadangka­n iaitu memastikan Rosmah membantu Jepak Holdings mendapatka­n projek sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe’, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, dekat sini antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, Rizal didakwa telah secara rasuah menerima RM5 juta bagi pihak Rosmah daripada Saidi sebagai upah bagi Rosmah kerana telah membantu Jepak Holdings mendapatka­n projek sama di Lobi Pavilion REIT Management Sdn Bhd, 168, Pavilion, Jalan Bukit Bintang dekat sini pada 20 Disember 2016.

Menurut pertuduhan keempat, dia didakwa telah secara rasuah menerima bagi dirinya sendiri sejumlah RM500,000 daripada Saidi sebagai upah dalam memastikan Rosmah membantu Jepak Holdings mendapatka­n projek sama. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 1, Laman Damai Sari, Jalan 1/61, Bukit Segambut di sini pada 23 Dis 2016.

Kesemua pertuduhan adalah menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 10 kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? Bar Bernama — Gam- ?? HADIR: Rizal yang berdepan pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di Sarawak ketika hadir di Mahkamah Tinggi bagi sebutan kes itu, Kuala Lumpur, semalam.
Bar Bernama — Gam- HADIR: Rizal yang berdepan pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di Sarawak ketika hadir di Mahkamah Tinggi bagi sebutan kes itu, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia