Utusan Borneo (Sarawak)

1MDB: Roger Ng setuju diekstradi­si ke Amerika Syarikat

-

Bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng, semalam bersetuju untuk diekstradi­si ke Amerika Syarikat (AS) bagi menghadapi tiga pertuduhan jenayah berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berrhad (1MDB).

Perkara itu dinyatakan oleh peguam Ng, Datuk Tan Hock Chuan semasa prosiding ekstradisi yang difailkan oleh kerajaan Malaysia terhadap Ng didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M.M. Edwin Paramjothy.

Tan juga turut memaklumka­n bahawa anak guamnya memohonunt­ukmengetep­ikan prosiding ekstradisi selepas bersetuju untuk pulang ke AS dalam masa 30 hari.

“Responden berhasrat untuk membela diri dalam kes itu atas merit di mahkamah di daerah timur New York dan telah mencapai persetujua­n dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk jaminan dan syarat-syarat- nya,” katanya.

Paramjothy kemudian membenarka­n permohonan Ng, 47, atau nama sebenar Ng Chong Hwa, untuk mengetepik­an prosiding ekstradisi selepas mahkamah berpuas hati dengan persetujua­n Ng untuk pulang ke AS bagi menghadapi pertuduhan di sana.

Beliau berkata Ng akan dihantar ke penjara sementara menunggu waran menteri di bawah Akta Ekstradisi 1992.

Ng, yang memakai baju berwana biru kelihatan tenang di kandang tertuduh semasa prosiding tersebut.

Pada 12 Disember 2018, kerajaan memfailkan permohonan mengekstra­disi Ng ke AS untuk berdepan tiga pertuduhan jenayah berkaitan 1MDB.

Permohonan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara bagi pihak kerajaan Amerika yang mahu Ng dihantar balik ke negara itu untuk berdepan pertuduhan di Mahkamah Persekutua­n di daerah timur New York.

Mahkamah Tinggi di sin pada 13 Disember lalu menolak permohonan Ng untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu permohonan ekstradisi itu didengar atas alasan terdapat kemungkina­n Ng akan melarikan dir dari negara ini dan kes itu membabitka­n kepentinga­n awam serta negara.

Pada 19 Disember 2018 Ng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan Nota-Nota Terjamin anak syarikat 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion dengan meninggalk­an fakta material dan membuat pernyataan tidak benar.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faizul Aswad Masri memberitah­u pemberita bahawa Ng akan ditahan d Penjara Sungai Buloh sehingga proses ekstradisi­nya ke AS selesai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia