Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kontrak didakwa membunuh di Ipoh

-

Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan di Buntong dekat sini, tiga tahun lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Firdaus Naim Thikayaraj­an, 24, ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi.

Bagaimanap­un, Muhammad Firdaus mengangguk faham terhadap pertuduhan membunuh M. Serenthara­n yang berumur 26 tahun semasa kejadian di belakang padang futsal berdekatan Jalan Kantan Buntong di sini, antara jam 9 hingga 10 malam 5 Sept 2016.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili peguam, Charan Singh.

Nurul Hafizah menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia