Utusan Borneo (Sarawak)

Simbah petrol di lantai pejabat, pekerja kebajikan didenda RM5,000

-

Seorang pekerja kebajikan dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mendatangk­an kegentaran dengan menyimbah petrol ke atas lantai pejabat pengurusan sebuah pangsapuri, Sabtu lepas.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhka­n hukuman itu terhadap T. Sreedharan, 37, selepas dia mengaku bersalah telah melakukan perbuatan menyim- bah cecair itu bertujuan untuk mengugut dan mendatangk­an ketakutan ke atas presiden Joint Management Body (JMB) Pangsapuri Desa Mentari, K. Arulmani, 57 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat JMB Blok 1, Desa Mentari, Sg. Way, di sini, pada 1.05 petang, 9 Feb lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan PendakwaRa­yaFazeedah­Faikmemoho­n mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh mengambil kira faktor perbuatann­ya telah mendatangk­an kegusaran kepada semua penduduk di kawasan pangsapuri itu.

Bagaimanap­un, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan atas alasan dia hanya ingin menolong untuk membersihk­an pejabat itu dan tidak akan men- gulangi kesalahan sama.

Di mahkamah berasingan, seorang wanita pemandu servis e- panggilan Grab dijatuhi hukuman denda RM4,500 atau empat bulan penjara atas pertuduhan menolong menyembuny­ikan wang berjumlah RM30,000 yang bukan miliknya, pada Januari 2018.

Majistret Salamiah Salleh, menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chong Hui Voon, 34, selepas dia mengaku bersalah dengan curangnya telah me- nolong menyembuny­ikan wang milik Yee Kuan Weng, 59, yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik Chong, di mana tertuduh tahu bahawa wang itu bukanlah miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Plaza South City, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, pada 26 Jan 2018 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpa mengambil kira faktor kerugian yang dialami mangsa.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Iqbal Nawi merayu hukuman berbentuk denda ringan atas alasan anak guamnya yang merupakan penanggung utama keluarga baru sahaja bercera selain menjaga tiga anak serta ibunya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia