Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh: 170 penghuni rumah panjang Nyalau resah

Tiga pintu bilik rumah panjang terbabit terjejas di bahagian dapur

- Oleh Saleman Senin

LUBOK ANTU: Seramai 170 penghuni Rumah Nyalau, Nibung San Semanju resah setelah rumah sepanjang 25 pintu itu mengalami runtuhan tanah dalam kejadian awal pagi semalam.

Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK I Henry Jugah berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 12 tengah hari memaklumka­n berhubung kejadian tersebut.

Sepasukan anggota pasukan Bravo diketuai PB Moses Kalie, PB Wan Majelan Wan Seman dan PB Nickson Asean Akui bergegas ke lokasi setelah menerima laporan.

Setiba di lokasi mendapati tiga pintu bilik rumah panjang terbabit terjejas apabila tanah runtuh di bahagian dapur sedalam 30 meter.

Penghuni memberitah­u kejadian bermula sekitar jam 8.30 pagi berikutan hujan lebat di sini dan Sarawak sejak awal pagi.

Bomba bertindak mengarahka­n penduduk rumah panjang terbabit menutup tanah runtuh dengan kanvas dan zink bagi mengelak ber- laku hakisan.

Mereka juga menasihati penghuni rumah panjang terbabit tidak berada di bahagian dapur rumah buat sementara dan meminta penghuni melaporkan segera sekiranya kejadian berulang.

Turut hadir di lokasi Pegawai Khas ADUN Engkilili Nancy Rangkong, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sri Aman dan wakil JKR Sri Aman.

Bagaimanap­un, tindakan lanjut diserahkan kepada kedua-dua agensi terbabit untuk membantu masalah itu.

 ??  ?? TERHAKIS: Kesan hakisan dilihat berlaku di belakang rumah panjang terbabit.
TERHAKIS: Kesan hakisan dilihat berlaku di belakang rumah panjang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia