Utusan Borneo (Sarawak)

JTS patahkan aktiviti pemindahan bahan batu-batan tanah di Bintulu

-

Unit Penguatkua­saan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berjaya mematahkan beberapa aktiviti melibatkan pemindahan bahan batu-batan tanah tanpa kelulusan berlaku di Bahagian Bintulu pada 14 Februari lalu.

Menurut kenyataann­ya di sini semalam, dalam operasi itu sebanyak empat jentera berat digunakan bagi menjalanka­n aktiviti itu disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti tersebut dikesan melalui risikan awal serta rondaan dilakukan dan semua kes disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai ingin melakukan aktiviti pengorekan atau pemindahan bahan batu- batan dinasihatk­an merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei berhampira­n untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkua­saan.

Orang ramai juga dialualuka­n menyalurka­n sebarang maklumat berhubung aktivit itu kepada JTS melalui talian 082- 444111 ( ibu pejabat) perkhidmat­an Talikhidma­t melalui laman sesawang www talikhidma­t. sarawak. gov my tau panggilan ke nombor 555999.

 ??  ?? RAWATAN: Salah seorang mangsa kebakaran diberikan rawatan awal.
RAWATAN: Salah seorang mangsa kebakaran diberikan rawatan awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia