Utusan Borneo (Sarawak)

Dua cedera ketika selamatkan diri dalam kebakaran kediaman

-

Dua sekeluarga mengalami cedera di kaki ketika menyelamat­kan diri daripada kebakaran melibatkan kediaman mereka di Jalan Cakra, Kampung Serasot Bau dekat sini.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi semalam, kedua-dua mangsa menyelamat­kan diri dalam kebakaran melibatkan melibatkan dua rumah jenis separuh kekal dua tingkat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Bau Ebby Hirwandy Sarbini, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Kedua-dua mangsa adalah anak dan menantu pemilik rumah dan mereka mengalami cedera di kaki ketika menyelamat­kan diri.

“Mereka telah diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Difahamkan, kedua- dua rumah yang terbakar mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.15 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara dalam kejadian berasingan, sebuah rumah di Taman Heng Guan, di sini berjaya diselamatk­an daripada terbakar hasil kerjasama orang awam yang bertindak pantas memadamkan kebakaran dapur rumah tersebut sekitar jam 9.15 pagi semalam.

Menurut jurucakap Bomba, pihaknya hanya membuat penyejukan pada tong gas.

“Api berjaya dipadamkan orang awam dan kita hanya membuat penyejukan pada tong gas serta mengasingk­an bahan mudah terbakar dan membuat pengudaraa­n,” katanya.

 ??  ?? MARAK: Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Serasot.
MARAK: Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Serasot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia