Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah masuk restoran, tiga juvana dikenakan bon berkelakua­n baik

-

Tiga juvana masing- masing dua lelaki dan seorang perempuan dikenakan bon berkelakua­n baik oleh Mahkamah Majistret kerana didakwa bersama-sama memecah masuk sebuah restoran di Jalan Kampung Datu pada 9 Februari lepas.

Ketiga-tiga mereka yang berusia 16 tahun, 14 tahun enam bulan dan 15 tahun empat bulan, dikenakan bon berkelakua­n baik selama enam bulan di bawah Seksyen 67 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah turut mengarahka­n mereka bebas dengan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan yang terdiri daripada ibu bapa atau penjaga.

Terdahulu mereka ditahan kerana disyaki memecah masuk sebuah restoran di Jalan Kampung Datu pada 9 Februari 2019, kira-kira 12.20 tengah malam.

Ketiga-tiga mereka bagaimanap­un tidak dapat dituduh di bawah Seksyen 457 atau Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana ketiadaan saksi mata atau rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian.

Berdasarka­n fakta kes, pada malam kejadian, pengadu yang berada di rumah telah menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamata­n bank berhampira­n yang memberitah­u ternampak beberapa orang telah memecah masuk ke dalam restoran miliknya.

Setiba pengadu di restoran kira-kira jam 1.20 pagi, didapati pintu hadapan keda dalam keadaan tertutup dan menghubung­i pihak polis untuk mendapatka­n bantuan.

Apabila pengadu dan pihak polis masuk ke dalam kedai didapati keadaan dalam keda berselerak dan pemeriksaa­n mendapati dua orang budak lelaki tidak dikenali telah bersembuny­i di dalam stor kedai.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati pintu tepi kedai telah dirosakkan di mana tempat kunc mangga pintu telah patah.

Bertindak atas maklumat pihak polis telah menangkap ketiga- tiga juvana terbabit di tiga lokasi berasingan d sekitar bandar ini untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia