Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh tinggal sehelai sepinggang dua bilik sewa musnah terbakar

-

Tujuh penyewa tinggal sehelai sepinggang selepas dua bilik sewa mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Keranji Madu, Selangau sekitar jam 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kayu setingkat dua bilik.

“Kebakaran berjaya dipadam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat justeru tiada melibatkan kemalangan jiwa,” katanya di sini semalam.

Ketujuh-tujuh mangsa kini menumpang di rumah saudara terdekat akibat kejadian itu.

Hanya seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan luka di dahi dan melecur tapak kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia