Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun sara hidup nelayan dan subsidi petani tidak dihentikan

Kerajaan memberi jaminan bantuan tetap diteruskan: Salahuddin

-

JOHOR BAHRU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub semalam menafikan elaun sara hidup nelayan serta subsidi kepada petani dihentikan.

Malah tegas beliau, kerajaan memberi jaminan bantuan itu tetap diteruskan.

“Tidak ada isu (sebab) untuk saya dan pihak kementeria­n menghentik­an bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program SWM Kasih Misi Sampul Merah@Amitabha Malaysia, di sini.

Menurutnya isu bantuan dihentikan itu heboh berikutan ada antara nelayan dan petani yang tidak lagi menerima elaun dan subsidi tersebut selepas pihaknya melaksanak­an program pemutihan.

“Saya boleh berikan jaminan pihak kementeria­n akan memberikan bantuan dan subsidi serta apa jua insentif kepada golongan sasaran iaitu petani dan nelayan tulen yang mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang tidak lagi menerima bantuan tersebut agar membuat rayuan kepadanya dan beliau akan meminta pegawainya menyiasat.

Sementara itu, Salahuddin

““

Tidak ada isu (sebab) untuk saya dan pihak kementeria­n menghentik­an bantuan.

Datuk Salahuddin Ayub

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

berkata proses pemutihan yang bertujuan mengenal pasti golongan sasaran yang benar-benar layak menerima bantuan kini hampir 90 pera- tus selesai.

“Sejak saya ambil alih kementeria­n pada Mei 2018, saya telah minta pegawai saya untuk lakukan pemutihan ter- hadap dua golongan ini (petan dan nelayan) kerana terdapat fakta dan statistik yang agak mengeliruk­an tentang berapa jumlah yang sepatutnya terima subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan segala bantuan sampai kepada golongan sasaran selain tidak berlaku ketirisan dan penyelewen­gan. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? BERI ANGPAU: Salahuddin menyampaik­an angpau kepada warga emas daripada Persatuan Kebajikan Amitabha Malaysia pada Program SWM Kasih Misi Sampul Merah @ Amitabha Malaysia di Jalan Tasek Johor Bahru, semalam.
—Gambar Bernama BERI ANGPAU: Salahuddin menyampaik­an angpau kepada warga emas daripada Persatuan Kebajikan Amitabha Malaysia pada Program SWM Kasih Misi Sampul Merah @ Amitabha Malaysia di Jalan Tasek Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia