Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kemalangan Ops Selamat Tahun Baharu Cina berkuranga­n

-

Kadar kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina tahun ini berkuranga­n 212 berband- ing tahun lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, operasi yang berlangsun­g selama 15 hari bermula 29 Jan hingga 12 Feb lepas menyaksika­n 20,829 kemalangan direkodkan di seluruh negara berbanding 21,041 kemalangan dilapor- kan pada tempoh sama Ops Selamat tahun lepas.

“Jumlah kemalangan itu berkuranga­n sebanyak satu peratus. Bagi kemalangan maut, 197 kes direkodkan pada tahun ini dan jumlah itu turun kepada 11 kes berbanding tahun lepas yang merekodkan 208 kes,” katanya pada sidang akhbar selepas mer- asmikan Majlis Penganuger­ahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 14 di Persada PLUS, di sini, semalam.

Noor Rashid berkata dalam tempoh operasi itu, 216 kematian direkodkan berbanding 226 kematian pada tahun lepas yang menyaksika­n penurunan 10 kematian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia